Hari ni hari jumaat. Aku buka kedai sorang2 jer sebab semua staf off day. Aku nak settle kan beberapa PC yang kena service. Esok kastemer dah nak ambik. Ada 4/5 biji lagi PC yang dah siap tapi tak dituntut. Aku dah call mereka tapi tak datang ambil lagi. nak kena bagi warnig la ni baru ambik. Nanti aku jual baru padan muka mereka.
Detox Foot Patch
Dapat segera secara online atau di kedai Warisan2u.Com Enterprise. Harga promosi, hanya RM15.00/pack. Telefon : 012 - 820 0278 / 013 - 865 5684
Friday, January 02, 2009
Thursday, January 01, 2009
Welcome 2009...
2008 dah melabuhkan layarnya dan 2009 baru nak berlayar...
Tiada yang istimewa kurasakan. 2008 kutinggalkan dengan serba kekurangan kerana tiada yang lebih ceria. Semalam anak2ku berosorak melihat percikan bunga api dari rumah kami sampai Iman tergolek jatuh tangga. Dah la sakit jatuh tangga, ummi bagi upah sebijik dua kat bontot sebab dia meraung menyebabkan adiknya, Irfan yang sedang nyenyak tido terkejut. Aku hanya melihat kelu. "Dah la tu..." hanya itu sahaja yangkeluar dari mulut aku.
SELAMAT HARI JADI juga buat kakak aku yang berada di KL. Kakak aku, anak yg ke-9. Hari jadinya jatuh pada 1 Januari setiap tahun. Untung la dia sebab setiap kali harijadinya, hari cuti. Aku nak menghantar SMS semalam tapi line terlalu sibuk... Tggu la line ok skit....

Wednesday, December 31, 2008
Al-Fathihah untuk abang tercinta...
In memory :
Husdi Bin Hassan
Kembali ke rahmatullah pada 31 Disember 2001
Husdi Bin Hassan
Kembali ke rahmatullah pada 31 Disember 2001
Tuesday, December 30, 2008
Hobi... Apa tu?
Hobi..? Kalau orang tany aku pasal hobi aku tak tau nak cakap apa hobi aku. Yan gkau tahu, setiap hari aku ke tempat kerja dan godek komputer serta internet. Kat rumah aku layan astro channel AFC kalau tak kacau anak2 main. Aku tak ada hobi yang tetap... Entahlah... Aku sendiri tak reti perangai aku nih... Tak cam orang lain...
Tapi kalau hobi suami isteri tu biasalah... Pasangan lain pun sedia maklum.. hehehehe...
Hari ni, 2 Muharram 1430H aku dok layan blog koleksi video yang baru aku buat. Bila ada masa lapang atau sedang tunggu format PC kastemer, aku update blog nih.

Monday, December 29, 2008
Salam Ma'al Hijrah 1430...
Alhamdulillah, kita masih di panjangkan umur satu hari lagi untuk mengecap nikmat dunia. Sepatutnya kita sedar, dan bersyukur kita masih berpeluang berbuat kebaikan dan memohon keampunan dosa-dosa semalam.
Hari ini, 1 Muharram, cukup bermakna buat aku sebab hari inilah aku melihat zuriatku yang pertama 5 tahun lepas. Zuriat yang bakal menyambung baka atau genetik aku yang akan datang.
Bila tibanya tahun baru, ramai yang memasang azam baru tapi adakah mereka sedar akan azam lama yang belum atau sudah ditunaikan? Apa azam korang? Azam aku nak kembangkan lagi bisness aku dan jadi suami dan manusia yang berguna untuk keluarga dan agama.
InsyaAllah...

Sunday, December 28, 2008
Tips autoplay youtube...
Aku dok cari kod yang membolehkan clip video youtube yang diletakkan di blog akan dimainkan secara auto bila blog dibuka... Mmmm.. aku dah dapat... horey... Ini caranya... :
Tambah kod ni &autoplay=1 selepas url video tu. Buang code kalau nak normalkan balik.
Tambah kod ni &autoplay=1 selepas url video tu. Buang code kalau nak normalkan balik.
Menyamar orang lain di dalam blog....
Menyamar sebagai orang lain di dalam blog adalah satu perbuatan biadab dan tak bertanggungjawab kerana boleh menyusahkan orang lain. Baru2 ini heboh dalam intrnet pasal blog menghina Nabi Muhammad S.A.W. Blog tersebut dikatakan dibuat oleh seorang wanita. Tatapi wanita tersebut telah manafikannya dan mendakwa bahawa gambar dia telah digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab....
Sapa la tu yer....?
Sapa la tu yer....?
Saturday, December 27, 2008
Aku yang giler kerja...
Aku memang giler kerja...
Kalau cuti jer aku mesti gelabah kalau dok rumah jer..
Dok kat rumah rasa panas semacam jer...
padahal bini ada... anak2 ada...
tapi aku lebih sker dok opis buat kerja...
aku dok fikir camana nak buat supaya aku selesa dok rumah dari tempat kerja...
Kalau satu hari tak bukak internet tak boleh...
dah semacam ketagih dah...
giler..giler...

Thursday, December 25, 2008
Blog aku dan blog mereka...
Hari ni aku didatangan seorang kastemer yang kira aktif menulis blog. Dia banyak menulis dan mengkritik kerajaan tapi saya sebab tak dapat bukak blog dia. Mungkin blog dia dah kena "buang" orang mereka yang dengki ngan dia.
Aku baiki laptop dia sebab tak boleh nak online pakai broadband. Ada masalah system. Kena format balik. Dah format balik dan boleh pakai broadband diat tapi driver wirless dia tak boleh pakai plak. Nak download tapi line lembab giler... Esok je la aku donload. Tapi esok Jumaat.Aku nak cuti... Lusa la aku donload....

Wednesday, December 24, 2008
Duit..duit..duit...
Buat itu nak kena duit... buat ini nak kena duit.... Nak buat anak pun kekadang kena duit gak.... Malah boleh dikatakan semua perkara ada kaitan dengan duit....
Itu sebab orang kata ada duit semua jadi...
Itu sebab orang kata ada duit semua jadi...
Tuesday, December 23, 2008
Aku mengidam...
Semenjak dua menjak ni aku mengidam jer.... Hehehe... Aku mengidam nak makan prosperity burger. Dah beberapa kali nak g makan kat Mc-D tapi tak jadi. Tapi semalam aku nekad. Balik dari kerja, aku ajak anak bini aku g Mc-D. Anak2 aku pun dah lama tak ke Mc-D. Sekali dapat makan burger prosperity tu... sedapnyer.... Pas ni tak kempunan dah aku...
Monday, December 22, 2008
Staf aku bercuti 2 minggu...
Staf kanan aku, Ahmad Faizul bercuti bermula hari ini 22 Disember sehingga 6 Januari 2008. Dia nak habiskan cuti tahunan dia. Hujung tahun ni plak ada sepupu dia nak kahwin pada 25 hb nih. Dia ? Tah bila nak kahwin. Mak we pun tah kemana.
Pagi tadi lepas subuh aku hantar dia ke epot terminal 2, AirAsia. Flight kul 7.30am. Singgah di KLIA pastu terbang lagi ke KB. Mungkin sekarang dia dah sampai di KLIA. Semoga perjalanannya selamat. Amin...

Sunday, December 21, 2008
Antara kawan dan kawan...
Hari ni aku ada 2 jemputan kahwin. 2-2 tu kawan dan 2-2 tu cikgu. Satu tu Islam dan satu Kristian (SDA). Yang Islam tak bagi kad jemputan. Main call jer. Yang Kristian tu wife dah bg tau tak boleh datang sebab orang gaji cuti. Tak ada orang nak jaga anak2. Anak2 aku ni bukan boleh masuk majlis.
Yang Islam ni plak main call jer. Aku tunggu kad jemputan dia tapi dia call hari dia nak sanding. Nak tak nak, aku "sorry" je la... Tak dapat hadir. Bukan salah aku. Aku pun ada kerja dan hal yang perlu dibereskan...

Saturday, December 20, 2008
Argh.... sakit kapala aku...
Sekarang ni aku cepat sangat sakit kepala kalau tersalah makan. Aku ni alergi dengan MSG. MSG...? Manatang apa tuh? MSG = Mono Sodium Glutamat... Garam la tu... Biasanya ada dalam ajinomoto. Kalau menda masuk dalam makanan aku, memang aku akan rasa semacam lepas 1 jam gitu. KEpala mesti rasa pening semacam jer... Terpaksa la aku minum air masak banyak2 dan kencing banyak2 lepas tu.
Friday, December 19, 2008
Agama - Isu sensitif wa cakap lu....
" rakyat malaysia: Pendapat saya isu yg sensitif spt agama tdk baik dibincang di sini..kita perlu hormat semua kepercayaan agama warganegara malaysia..terima kasih. "
Petikan kat atas tu aku ambik dari cbox satu blog. Ada orang letak la artikel mesej seperti dalam artikel aku sebelum ni. Aku nak tanya skit la kat orang yang ngaku "rakyat malaysia" nih, kamu tu agama apa? Kalau Islam, maknanya kamu bersubahat dengan orang2 kristian supaya ramai lagi orang Islam yang rosak akidah tanpa sedar. Bullshit la lu...
Tulisan aku sebelum ni pun aku tuju untuk manusia yang beragama Islam sahaja. Aku memberi peringatan kepada mereka seperti aku diberi peringatan oleh orang yang beragama Islam yang lain. Kalau tulisan peringatan untuk ummat Islam dilarang untuk dipamerkan kepada umum, nak pamer camana lagi? Nak sembunyi2? Sensitif sangatkah ayat dalam artikel dibawah ini ...?

Subscribe to:
Posts (Atom)