Detox Foot Patch

Detox Foot Patch
Dapat segera secara online atau di kedai Warisan2u.Com Enterprise. Harga promosi, hanya RM15.00/pack. Telefon : 012 - 820 0278 / 013 - 865 5684

Tuesday, March 18, 2008

Kisah pendayun sampan dan profesor...

Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan. Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian. Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian. Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian digoyang-goyang; selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya Professor itu membuat kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu mendongak ke langit. Berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam hati, “Hmm. Hari nak hujan.” “OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat” kata Professor itu. Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai. Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung sampan. “Kamu dah lama kerja mendayung sampan?” Tanya Professor itu. “Hampir semur hidup saya.” Jawab pendayung sampan itu dgn ringkas. “Seumur hidup kamu?” Tanya Professor itu lagi. “Ya”. “Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?” Tanya Professor itu. Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya. Masih tidak berpuas hati, Professor itu bertanya lagi, “Kamu tahu geografi?” Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. “Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu.” Kata Professor itu lagi, “Kamu tahu biologi?” Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. “Kasihan. Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?” Professor itu masih lagi bertanya. Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala. “Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu. Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu. Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai pendayung sampan.” Kata Professor itu dengan nada mengejek dan angkuh. Pendayung sampan itu hanya berdiam diri. Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik. Professor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula pendayung sampan itu bertanya, “Kamu tahu berenang?” Professor itu menggelengkan kepala. “Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa kamu.” Kata pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai.

Morale of the Story:

Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin kehidupan. Tak guna kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu perkara-perkara penting dalam hidup. Adakalanya orang yang kita sangka bodoh itu rupanya lebih berjaya dari kita. Dia mungkin bodoh dalam bidang yang tidak ada kena mengena dengan kerjayanya, tetapi “MASTER” dalam bidang yang diceburi. Hidup ini singkat. Jadi, tanyalah pada diri sendiri, untuk apakah ilmu yg dikumpulkan jika bukan utk digunakan dan boleh digunakan?

Hikmat Inspirasi:

Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian. Usaha sempurna adalah kemenangan sempurna…


p/s : Cerita ni aku petik dari blog xUTM 95 Civil student .

My X UTM friends....

Aku dok godek2 pc ni tetiba kawan aku sms suruh bukak laman web blog x utm civil engineer tahun 95. Boleh la baca berita pasal mereka nih. sonok gak sebab dapat tahu apa citer mereka nih. ramai yang dah berkahwin dan dapat anak. yang kahwin 2 pun ada.

aku dok baca blog tu, terjumpa no tel kawan baik tu, wahyu namanya. terus aku call. dia cuti bersalin. baru minggu lepas. dapat baby girl yang. ni anak yang ke-3. tahniah diucapkan.

Aku sayang kamu....

Aku sayang kamu
Aku cinta kamu
Aku rindu kamu
Aku perlukan kamu...

Aku ingin memelukmu setiap waktu
Aku ingin menciummu selalu
Aku ingin belaianmu selalu
Aku ingin bersamamu selalu...

Kamu adalah cintaku
Kamu adalah sayangku
Kamu adalah manjaku
Kamu adalah rinduku...

Kamu adalah......

Isteriku yang tercinta......................

Friday, March 07, 2008

Selamat Mengundi Kepada Semua Rakyat Melaysia....


Aku nak ucapkan SELAMAT MENGUNDI kepada semua rakyat Malaysia terutama kepada orang-orang Kelantan. Undilah Tok Guru anda.... Undilah dengan pilihan yang tepat. Jangan undi kerana duit atau kerana ugutan. Tunjukkan kuasa anda yang sebenarnya. Tunjukkan kuasa rakyat yang boleh menjatuhkan pemimpin korup, rasuah, pembohong, perompak harta negara serta pengkhianat bangsa dan juga IMAM AJARAN SESAT HADHARI.

Wednesday, February 27, 2008

Keretaku eksiden....

Semalam aku terlanggar belakang kereta Nissan Vannete semasa aku adalam perjalanan nak pergi servis keretaku. Tak sempat mengelak sebab van tersebut tetiba brek mengejut. Aku keluar dan tgk. Lampu kanan kerataku pecah. Bumper depan dia calar sikit. Pemandu van tu kata ada kereta melintas mengejut didepannya. Aku kira bukan salah aku jugak dan bukan salah dia. Bumper belakang van dia rosak sikit jer. Calar jer. Dia nak mintak aku bayar dia sebab nak tukar bumper buruk dia tu. Aku tak nak. Aku cakap perkara ni dah sattle. Kereta aku lagi rosak teruk. Aku masuk kereta dan terus blah. Lantak dia la. Lagipun dia tu cam Pakistan jer. Bukan dia berani nak report polis pun.

Aku terus pergi ke bengkel kereta. Kena tukar lampu baru dan ketuk body skit. Habis la duit aku. Kena caj dalam RM671.00 semuanya termasuk servis enjin. Aku suruh dia servis aircond tapi tak diabuatnyer plak. Mengong...


Tuesday, February 26, 2008

Aku yang tak pandai nak senyum....


Orang lain senyum mesti nampak gigi. Aku plak bila senyum tak nampak gigi. Kalau nampak pun gigi bawah. Camana tuh?

Bukak emel tadi ada emel dari blog aku. Kawan lama aku masuk blog aku, Mathirah. Aku masih ingat dia. Kepo budak tuh. Aku suka kawan ngan dia masa di UTMKL. Kalau dia bukak blog aku ni lagi, mintak2 dia call atau sms aku di 012-8200278 atau emel di rinda05@streramyx.com .

Saturday, February 02, 2008

Aku eksiden di tempat kerja....

31 Januari 2008 . Adush.... Aku terjatuh di tempat kerja. Lantai licin. Tangan kiriku terseliuh kat bahagian siku. Aku hampir pitam lepas tu. Mintak kawan di kedai sebelah hantar aku ke klinik berdekatan. Nasib baik tak ada yang patah. Petang tu gak aku g urut rumah Pak Muda di Likas. Sakit giler diurutnya.

Hari ni ( 2/2/08), lenganku bengkak. Aku balut lepas sapu ubat. Kesan lebam dah kelihatan di bahagian bawah. Mungkin sebab luka di bahaguan dalaman. Tapi aku lega sedikit sebab aku dah bolah gerakan tangan aku tu walaupun rasa sengal2 skit. Mo basuh berak pun seksa.. hahahaha... padan muka aku. Dah banyak dosa la nih...

Wednesday, January 23, 2008

Aku dan kerjaya....

Aku dan kerjaya aku... dulu aku nak jadi PILOT... cam abag aku. Pas tu aku nak jadi JURUTERA sebab aku tgk jurutera dpat gaji banyak. Sekali aku masuk U aku ambik Civil Engineering. Syok belajar. Tapi bila abis belajar, aku kuar cari kerja, susah nak dapat. Masa tu ekonomi tgh gawat. Bidang kejuruteraan civil ( sewel ) ni merudung masa tu sebab banyak berlaku bangunan runtuh dan kontraktor lari. Sekali aku masuk bidang perniagaan. Aku berjinak-jinak dengan komputer.

So, sekarang ni aku bisness komputer dan aku ni kira dah 70% pakar dalam bidang komputer. Tak leh nak kata aku ni 100% pakar komputer sebab banyak lagi yang aku kena belajar. Bahasa komputer yang aku belajar dulu pun BASIC jer. JAVA aku tak reti2. HTML tu bleh la skit2. Tapi bab baiki komputer no hal punya. Takat nak install Windows dan Linux ok jer.

Aku ingat memang dah rezeki aku dalam bahagian nih. Abg aku kata rugi la sebab aku dulu belajar lain, kerja lain. Tu aku tak kisah sebab ramai kawan2 aku yang kerja luar dari bidang yang mereka ambil. Apapun aku bersyukur kepada Ilahi sebab aku ada kerjaya dan kerja yang ada pendapatan yang boleh dikira lumayan dan dapat sara anak bini aku.

Wednesday, January 09, 2008

2008 yang busy....

Masuk je tahun 2008, aku sibuk giler di kedai komputer aku nih. Ramai orang hantar PC untuk diservis, upgrade dan baiki. 2008 memang membawa tuah dan rezeki. Alhamdulillah... Aku ambil masa sekejap ni untuk bukak blog dan update sebab lepas ni aku mula sibuk dok baiki PC dan laptop yang dihantar semalam dan beberapa hari yg lepas. Hari ni? Tak tahu lagi. Kalau ada rezeki lagi, tambah lagi la Pc dan leptop yg nak diservis.

Aku nak g KK plak ari nih. Nak cari alat ganti dan nak perbaharui lesen perniagaan. Nak g awal2 orang ramai sangat. Mals nak beratur.

Monday, December 31, 2007

Happy New Year 2008

Life is like having a cup of tea.
You sit by the side of the window, lift the cup and take a careless sip,
Only to realize, somebody forgot to put the sugar.
Too lazy to go for it you somehow struggle through the sugarless cup.
Until you discover un-dissolved sugar crystal sitting at the bottom...

---That's Life---

Festive Wishes...














Saturday, December 29, 2007

Syok ngan Yuwie.com...

2/3 hari ni aku dok nyibuk kat www.yuwie.com/rinda06 . Site cam friendster tapi boleh buat duit. Aku dah aku friendster tapi friendster ni hanya dapat kawan kat tenet tapi tarak masyuk. Kalau kat Yuwie.com ni, mana-mana member yang surf kita nya site, kita dapat point yang boleh ditukar dengan duit.

Sesapa yang nak joint tu leh ler klik sini :



Tak rugi wa cakap lu.... Joint jangan tan join... klik je banner atas nih...

Wednesday, December 26, 2007

Hari krismas yang menguntungkan...

Alhamdulillah... Hari ni tak banyak kedai yang bukak. So, kedai aku la jadi tumpuan. Hari ni aku dapat buat sales Rm1000++. Tak penah dapat banyak tuh. Syukur kepada Allah... Semoga aku dimurahkan rezeki lagi....

Monday, December 24, 2007

Pudin dah balik kampung...

Pagi tadi aku hantar Pudin ke epot terminal 2 - airasia. Sampai disana aku suruh PJ jer yang hantar Pudin ke kaunter check-in. Aku tunggu dalam kereta kat parking. PJ hantar Pudin dan terus ke kereta. Cepat plak dia hantar. Rupa2nya Pudin pegi berak dulu. Patut la aku ada bau longkang dalam kereta tadi. Hahahaham hampeh..... tullll...

Flight Pudin jam 9.45 am. Hantar Pudin awal taku jalan sibuk. Sampai epot dalam jam 7.20am gitu. Laps tu kami terus pegi ke IP. Aku nak siapkan tempat sebab hari ni hingga lusa ada kursus komputer. Selamat jalan untuk Pudin...

Sunday, December 23, 2007

Aku dan Misteri Gambar...

Sekarang aku tgh syok dok ambik gambar ngan kamera digital BenQ yang baru aku beli. Yang bertambah exited tu, aku dapat tangkap orbs. Nak cerita lebih lagi boleh bukak blog misteri aku di www.misteriparanormal.blogspot.com .