Detox Foot Patch

Detox Foot Patch
Dapat segera secara online atau di kedai Warisan2u.Com Enterprise. Harga promosi, hanya RM15.00/pack. Telefon : 012 - 820 0278 / 013 - 865 5684

Sunday, December 09, 2007

Rezeki itu datang dari Allah....

Rezeki... Rezeki.... Rezeki... Itulah yang dicari oleh setiap manusia di muka bumi ini setia hari, setiap masa, dan setia saat. Rezeki halal, rezeki haram bergantung kepada cara masing-masing. Yang penting dapat. Tapi aku cari rezeki yang halal. Kalau termasuk jugak yang haram tu aku mohon kepada Allah agar aku diampumkan dan jangan jadikan rezeki itu darah daging aku.

Sejak 2/3 hari ni selepas kedai aku dirompak, alhamdulillah rezeki aku bertambah baik. Mungkin itu adalah dugaan dari Allah untuk aku agar aku lebih bersabar dalam dunia perniagaan ini.

Saturday, December 08, 2007

Jom Shopping...

Aku buat satu blog Jom Shopping. Masukkan barang-barang yang dijual di kedai aku dan barang-barang yang boleh dijual secra online. Harga mungkin mahal sikit sebab dah termasuk dengan harga kos penghantaran. jengok-jengok la ke sana. Tak nak beli pon takper. Boleh bagi sokongan atau komen skit.

Friday, December 07, 2007

Warisan2u.Com Enterprise

Kroh..kroh...kroh... Time tadak keja la nih...


Heatsink PC kastemer aku yang penuh ngan habuk. Woiii... dah berapa tahu tak servis nih..? Patut le CPU dia kong....


Tu dok korek apo tuh?


Dok pikir camana nak baiki screen laptop nih. Kaki dia patah. Nak solder atau nak ikat jer. Camana yek?



Sambil-sambil dok tunggu PC tengah dok format HDD, aku race NFS dulu la....



Posing skit sebelum buat kerja. Nak setup PC jap.



Staf aku 2 orang ni dok curi tulang. Time keja asyik dok main tipon. Oit..keja..keja... Aku potong gaji kan...

Adush.... ter...delete html code untuk templete plak....

Atoi..... aku tersilap edit template plak. Dah terdelete dia punya code dah tak boleh undo lagi. terpaksa guna tamplate baru la plak tapi ok gal ker. Guna yang biasa jer. Malas nak create sendiri. Guna mana yang ada jer.

Ada kastermer hantar PC mintak aku re-format hdd dia. Nak backup tapi tak boleh sebab hdd dia ada masalah. Semua data loss dah. Terpaksa buat full format. Ni dalam proses nak install driver dan other software. Nak install antivirus plak.

My cute boyz..... Irfan.

Ini la baby boyz ku yang ke-3. Cute tak? Dah lima bulan dah. Makin montel. Sonok kalau peluk dia. Suka ketawa. Baru nak belajar meniarap. Errr... muka aku ngan baby aku ni ada persamaan tak?

Ni Irfan ngan mak dia. Mak dia dah makin tak larat nak dukung dia. Makin berat da... 7.9 kg dah. Baru 5 bulan tu. Gambar ni ambil lepas kami pegi jarumkan dia d klinik. Nangis kejap jer. Budak baik katakan. Tak banyak kerenah. Abang dan kakak dia? bergaduh jer kat rumah. Biasa la tuh. Kanak-kanak dalam proses pembesaran.

Wednesday, December 05, 2007

Kedai aku kena rompak...

Kedai aku dimasukki pencuri pada malam 3 hb Disember 2007. Duit kertas note RM1.00 dan duit syiling berjumlah lebih kurang RM1000.00 lesap. Video Kamera Sony aku jugak hilang bersama dengan 3 buah buku bank serta peti besi yang menyimpan dokumen bank. Aku buat laporan polis untuk tindakkan lanjut di balai polis Menggatal pada pagi 4 hb.

Aku perasan kedai aku dipecah masuk pada pukul 9.00am bila aku tengok externel HDD dan kota menyimpan CD windows XP origanal aku berada di lantai bawah meja kaunter sdangkan sebelum itu aku simpan semua barang2 aku di dalam laci. Anggaran kerugian dalam RM3000.00 .

Aku reda dengan apa yang berlaku. Dah tak ada rezeki. Nak buat camana. Mungkin lepas ni rezeki aku akan bertambah. InsyaAllah...

Sunday, December 02, 2007

Aku nak kaya....Aku nak turunkan berat badan...

Kaya? Sapa tak nak kaya...? Bukan kaya roti tau... kaya duit la... Aku dok pikiak, camana aku nak cari duit banyak... Nak senang... orang kata, ada duit semua jadi...

aku nak turunkan berat badan... Tapi aku tgk semua orang kaya perut besar2. Hahahaha... Caman tu?

Thursday, November 29, 2007

Happy Anyversary to Me....

Selamat ulang tahun perkahwinan ke-5 buat aku dan isteri. Tahun ni kami sambut dengan 3 orang anak. Alhamdulillah, setelah 5 tahun usia perkahwinan, kami dikurniakn 3 orang cahayamata yang cute dan comel2. Aku dan isteri still ok dan saling sayang menyayangi antara satu sama lain. Segala ujian dapat kami tempuhi. Semoga kebahagian iini berkekalan hingga ke akhir usia. Amin...


Kamai raikan ulangtahun kami di Pizza Huts. Aku makan lasagna sampai 2 pingan. Bestnyer. Bawak staf aku sekali makan sama.


Bestnyer makan.....

Tuesday, November 27, 2007

Aku, anak dan rumah...


Gambar aku masa umo libih kurang 5 bulan dan anak aku pun umo lebih kurang 5 bulan. Ada persamaan tak? Nama anak aku yang ketiga ni Ahmad Irfan. Baru belajar nak meniarap. Dapat meniarap kejap, pastu mula la nak menjerit.

Ni plak tapak rumah aku. Dah bayar deposit dan dalam proses nak tanam cerucuk. Tapak rumah aku ni fasa 2. Fasa 1 dah mula naik tiang. Dijangka siap hujung tahun 2008 dan mungkin dapat diduduki awal 2009. Belakang rumah tu tiang elektrik atas bukit. Pasni bila anak-anak aku dah besar, jenuh la dok melarang depa nih manjat bukit tuh.








Aku yang tak ada cuti...........

Cuti..? Apa tu? Bagi aku, aku tak kenal apa itu cuti. Yang aku tahu, kerja, kerja, kerja,kerja.... Bini aku pun selalu membebel sebab aku kerja 8 hari seminggu, 25 jam sehari. Kalu cuti pun time raya jer.

Tapi sekarang ni aku ok skit sebab tak bz sangat. Sebabnya budak2 UMS cuti sudah. Awal bulan Januari 2008 tahun depan baru masuk. Aku ingat nak aktifkan semula blog aku nih. Dah lama aku tak hapdet nih. Oklah... nanti jumpa lagi di lain coretan. Nak letak gambar kedai aru aku plak... See u all soon....

Wednesday, July 18, 2007

Letrik kena potong....... Tensennnnn

Aku tensen betul ari nih. Tengah doklayan kastemer tetiba letrik terputus. Kedai lain ok jer. Sekali staff aku keluar check. Dia kata kena potong. Aku terus keluar. Orang SESB masih ada depan mainroom tu. Baru lepas cabut fius untuk kedai aku. Bxxx betul.... Aku marah2 dia. Dah hampir 3 bulan kami tak dapat bil. Surat amaran pemotongan pun tak dapat. Alih2 dia datang terus potong. Tak bagitau langsung. Ingat komputer aku tu rega sposen? Dia main potong jer letrik tuh. Baxx betul... Rasa nak tendang jer. Dia kata dia ikut arahan jer. OOOoooo kalau ikut arahan, kalau orang atas suruh makan tahi dia makan la ya? Bodoh punya orang. Patut la SESB tu dah bangkrap. Buang je la nama SESB tuh. Malu nak buang konon. Takut orang Sabah tahu SESB mereka sebenarnya dan mampos.... Seakarang ni TNB yang ambil alih dah.... Ikut hati aku saman je meka nih.

Monday, July 16, 2007

Korek sana...korek sini....

Korek sana... korek sini... dapat gak la dalam 3 ketul. Boleh la aku buat bayar hutang. Hutang ngan orang aku dok sibuk nak bayar. Orang hutang ngan aku, senyap jer. Aku tanya pun dia buat do ni jer. Apa kejadah punya manusia la nih. Bengang betul aku.

Ni janji ngan orang tu nak jumpa tapi batang idung dia pun tak nampak. Mana dia pegi nih. tipon aku pun tak.

Sunday, July 15, 2007

Kesusahan aku dan kesusahan orang lain...

Dah lama aku tak menulis dalam ruangan nih. Busy katakan. Nak lawat kawan2 blogger pun tak sempat. Aku sibuk. Bini aku pulak baru bersalin. Aku nak letak gambar baby baru aku pun tak sempat. Nantilah aku letak kat sini gambar dia. Biar muka dia nampak tembam skit. Baru cun.

Sekarang ni dok sibuk nak urus perpindahan kedai. Itu kalau jadi la. InsyaAllah jadi la tuh. Minggu depan aku nak bayar booking fee dia RM2000 dulu. Kalau tak orang lain ambil. Dah lama aku nakkan kedai tuh. Tempat dia boleh dikatakan strategik gak ler. Dok pening2 cari duit nak bayar booking fee ni aku jumpa yang mana boleh dijadikan kawan dan sahabat. Kita boleh dikatakan mempunyai ramai kawan tapi kawan yang boleh dijadikan sahabat hanya 2/3 orang sahaja. Dulu aku pernah tolong kawan nih. Aku nak berniaga. Aku ajak dia sekali. Aku nak tolong dia sebab aku tengok dia pun tak ada pekerjaan. Anak2 dio pun dok saja2 jer perabihkan beras kat rumah. Aku anggap dia cam famili aku dah. Tapi sekarang, bila aku susah dia cam buat tak tahu jer. aku mintak tolon gbukan apa. Aku hanya tuntut hak aku. Dia masih berhutang dengan aku. Dah hampir setahun. Kalau duit tu aku laburkan dalam ASB dan berapa banyak dividen yang aku dapat. Aku mintak dia jelaskan hutang tu bukan apa. Aku nak tolong adik ipar2 aku dan anak buah aku yang baru melanjutkan pelajaran ke universiti. Salah ker? Kalau tak dapat bayar sekali gus pun bayarlah skit2. Aku tak kisah. Janji bayar.

2/3 bulan lepas bisnes tak berapa menjadi disebabkan budak2 u cuti. Dapat setakat cukup makan jer. Sekarang ni baru nak naik balik sales aku. So, aku kena cover jualan bulan lepas dengan duit jualan bulan nih. Seksa betul. Aku terpaksa korek sana sini nak menampal "lubang2" bulan2 sebelumnya.

Aku bercadang nak pindah kedai ke kedai yang blebih bagus kedudukannya. Harapnya tak ada masalah. Aku cuba mintak tolong kawan dari ILP nih. Tapi hampa. Banyak pulak songehnyer. Aku nak pinjam duit untuk bayar booking fee jer. Tapi banyak la alasan dia. Dulu beria-ia cakap kay aku duit banyak la. Nak tolong aku la. Nak join buat projek itu, projek ini. Tapi bila aku serius mintak tolong, macam nak menjauhkan diri pulak. Kalu jumpa pun cerita lain yg dibawanya. Inilah lumrah hidup...

Aku tak kisah. Aku usahakan sendiri. Aku akan gunakan tulang 4 kerat aku nih. Aku akan cari duit yang halal dengan titik peluh aku sendiri. Aku bangga kerana ada isteri yang memahami dan menyokong aku dari belakang. Terima kasih sayang...

Saturday, June 02, 2007

Hari ini dalam sejarah. Urban Minimall Indah Permai banjir kilat...

Pada 30 Mei 2007 lepas hujan turun lebat di Indah Permai. Aku dan geng-geng aku dok lepak kat Salon kawan aku. Kami dok bincang pasal nak daftar promosi telefon Lets Talk oleh TELEKOM. Tetiba ada orang panggil kawan aku tanya pasal kereta dia yang park tepi jalan nuh. Sekali pegi tgk, air dah naik separuh tayar. Banjir woiii... Dia cepat2 alihkan kereta dia. Aku pegi ambik telefon aku dan ambik beberapa keping gambar keadaan banjir pada masa tu. Sekali teringat kereta aku pun mungkin ditenggelami air. Apa lagi... cepat2 la aku alihkan kereta.


Longkang tersubat. Air melimpah masuk minimall di depan kedai 2nd.com. Mereka tak bukak kedai ari ni. Habis ler....


Air dari longkang besar limpah dan masuk kedalam Minimall. Nasib baik kedai aku di tingkat 1.


Nak alihkan keta aku nih. Sempat lagi ambik gambar. Masa tu ujan turun lebat giler....



Thursday, May 24, 2007

Duit..Duit...Duit....

Duit adalah segalanya sekarang...
Kapala aku dok fikir pasal duit jer....
Duit ni memang la raja segalanya...
Kerana duit, orang sanggup buat apa saja...

Kalau tak ada duit, susah.
Kalau tak ada duit, hati tak senang.
Kalau tak ada duit, orang bujang nak kahwin pun payah.
Kalau tak ada duit, kawan pun susah nak datang.

Duit...duit...
Dimana kau duit...
Duit boleh bikin perut buncit....