Detox Foot Patch

Detox Foot Patch
Dapat segera secara online atau di kedai Warisan2u.Com Enterprise. Harga promosi, hanya RM15.00/pack. Telefon : 012 - 820 0278 / 013 - 865 5684

Saturday, April 07, 2007

Aku Benci Barisan Nasional,,,

Aku dah lama dok peratikan senario politik di Malaysia ni. Pengliabatan aku dari UTM Skudai dahulu hinggalah aku tamat pengajian. Kalau dulu aku sekadar disebalik tabir tapi kini... Aku masih tercari-cari parti politik mana yang harus aku sokongi. Kalau dilihat daripada senario sekarang, aku memang benci dengan kerajaan Barisan Nasional. Banyak ketidakadilan. Banyak kurupsi. Kerajaan BN terus memperbodohkan rakyat Malaysia dari dahulu sehingga sekarang.

Paling aku tak puas hati bila lihat tragedi Kg. Berembang. Itulah bukti UMNO tidak tolong Melayu. Kemana perginya TV3? Kemana perginya Karam Singh Walia? Mengapa tidak dikeluarkan berita ini dalam berita TV3? Sememangnya TV3 bersekongkol dengan kerajaan BN @ UMNO untuk menidakkan kebenaran.

Dulu aku ingat bila Dolah ganti Cek Det, keadaan semakin baik. Tapi sebaliknya. Dolah lebih teruk dari Cek Det. Dolah cakap tak serupa bikin. Nak harapkan Najib? Najib pun banyak skandal. Dari skandal rasuah hinggalah skandal pembunuhan. Inikah pemimpin yang kita nak harapkan? Kalau macam ni la... Aku cukup malu untuk mengatakan aku ni rakyat Malaysia. Malu kerana aku mempunyai pemimpin cam Dolah & Co. ni....

Tuesday, April 03, 2007

Jalan-jalan kat Taman Buaya, Tuaran, Sabah.

Adik aku datang dari KL pada 30 Mac - 1 April. Aku bawak dia jalan2 g Taman Buaya di Tuaran, Sabah. Aku pun belom penah masuk taman buaya nih. Banyak gak buaya dalam tuh. Ada la dekat 1000 ekor lebih. Daging buaya pun ada dijual kat situ.



Aku tak lepaskan peluang untuk bergambar atas buaya yang sudah di awet nih. Khabarnya buaya tu ditangkap di Sandakan dan penah makan orang. Kalau sesapa yang datang melawat kat sini memang tak rugi la wa cakap lu...


Malam, aku bawak adik aku dan famili aku g makan BBQ & Steamboat kat Putera Ballroom di Syabandar dekat ngan Luyang. Best wooo.... Satu kepala caj dia Rm26++ jer. Tak mahal. Korang makan le puas2. Semoga adik aku puas hati kali ni sebab ni dah kali ke-3 dia datang Sabah. Nak bawak dia jalan2 lain tempat tak sempat sebab cuti dia pendek jer.

Aku dah cukur umo 31 tahun 30 Mac lepas....


Epy besday untuk aku yang ke-31 tahun semoga aku terus berjaya dalam hidup dan dikurniakan anak2 yang comel2 serta keluarga yang bahagia selamanyerrr.....

Sunday, March 25, 2007

Ngantuk wehhhh....

Apa la aku nak merapu kali nih? Ngatuk la plak... Hari ni semua staff aku cuti. Aku tetap kerja gak. Kalau tak kerja, duit tak masuk. Kalau duit tak masuk, nak bayar sewa dan beli barangan untuk dijual camana? Hmmmm.... Pok Jue ngan Icot rancang nak g tengok wayang citer Mr. Bean hari nih. Pegi lah.... Sekurang-kurangnya dapat redakan kepala otak yang berserabut. Aku? Aku lebih selesa dok di kedai kerana inilah dunia kedua aku. Dunia pertama? Mestilah bersama anak2 dan isteri...

Semalam bawak bini dan anak2 aku g shopping di Karamunsing. Bini aku nak beli baju pregnent baru. Aku nak belikan anak2 aku kasut. Kasut mereka dan terlalu ketat dan sendat. Mereka nak keluar main kat taman pun tak selesa. Bini aku nak belikan mereka selipar jer. Aku berkeras gak nak belikan kasut sebab aku fikir kalau pakai kasut lebih selamat kaki mereka.

Monday, March 19, 2007

Sahabat lama yang ku sentiasa ingati...

Korang semua mesti ada sahabat lama yang masih korang ingat sampai sekarang walau dah lama tak jumpa kan? Ada aku la 2 orang sahabat lama yang aku masih ingati tapi dah lama terputus hubungan. Tapi start bulan lepas, aku dah dapat hubungi kawan aku yang berada di Sarawak, Azrul Syahriman @ Ayoi dan yang terbaru, Wahyu Ramayeni yang kini kalau tak silap aku berada di Johor.

Dah lama aku menjejaki mereka nih. Aku cuba call no tel lama tapi tak dapat sebab no lama dah mati. So, aku cuba cari nama mereka ni dalam internet. Sekali dapat.... Alhamdulillah.....

Saturday, March 17, 2007

Kito dengar ceramoh Isra' Mikraj Oleh Ust. Badrul Amin skit wehh....

Ceramoh Isra' Mikraj Oleh Ust. Badrul Amin. Sedap didengar kerana penuh dengan isu-isu yang perlu diketahui umum seperti isu Ilas Hadhari, Isu IFC dan lain-lain...



Tuesday, March 13, 2007

Suraida .... Oh Suraida.....

Suraida? Sapa nih? Aku punya staff baru da... Adik kawan aku, Jerry. Baru berusia 19 tahun. Awek yang bertubuh kecil molek ni kira ok la. Boleh jaga kedai aku bila aku out station tapi tak semua di tahu. Ada pengalaman jadi juruwang, jual roti dan sebagainya. Gambar dia? Ala... lupa nak ambil la.

Monday, March 12, 2007

Penat woooo

Adik ipar aku dah balik kampung 28 hb lepas sebab dia nak interview nurse. Mintak2 dapat la. Kalau tak dapat, kesini lagi la dia. Keja ngan aku. Aku pulak kekurangan staff. Nasib baik adik Jerry ada. Dia pun tak ada kerja. So, aku ajak kerja ngan aku. Jadi, selesai masalah aku skit.

Bini aku plak dok sibuk nak cari pembantu rumah sebab amah aku dulu tu dah berhenti. Bini aku pecat dia sebab dia dah banyak buat hal. 2/3 hari lepas kawan bini aku cakap dia punya amah beritahu ada orang nak kerja. So, aku pegi ambik la. Dah tua. Dah ada cucu 2 plak tuh tapi nampak cam ok. Yang tak oknyer, awal2 lagi dah demand. Nak gaji RM300 sebulan. Aku nak bagi RM250 atau RM280 jer. Dia kata dia dah ada pengalaman. Hmmmm... Aku pun setuju lah. Aku nak tgk dulu. Aku balik keja malam tuh, kakai ank aku dah luka berdarah. Camana la makcik tu jaga. Aku jaga anak aku dari kecil sampai sekarang, tak penah anak aku luka. ( tapi bini aku jaga, luka gak. aku tak penah. ) Risau aku nak tinggal anak aku kat makcik tuh. Malam, bini aku suruh dia basuh kain. Lama betul dia dalam bilik air tuh. Sekali bini aku pegi tgk, dia dok basuh pampers yang bini aku buang bekas anak aku kencing tuh. Aduh.... Kata dah ada pengalaman. Tak kenal pampers ker? Pagi esoknyer bini aku suruh dia gosok kain tudung. Hangus kain tudung bini aku dikerjakannya. Hangin betul bini aku. Petang tu jugak aku hantar dia balik. Kan lama lagi dia dok ngan kami, apa benda plak dia jahanamkan. Aku kasik dia upah RM20 untuk keja 2 hari. Kalau cam ni la, baik aku jaga anak aku sendiri dari mintak orang lain jaga.

Friday, March 02, 2007

Bila la aku nk cuti nih....

Hari Ahad ni aku nak cuti. Apa2 hal, aku nak cuti gak. Aku nak rehat. Dah lama aku tak cuti. Asyik keja...keja...keja.... Bini aku dah membebel dah.... Dok asyik tanya bila aku nak luangkan masa ngan anak bini.

Aku bukan tak nak cuti cuma keja aku ni banyak. Kalau aku cuti plak, duit tak masyuk. Cuti satu hari bermakna aku dah kerugian RM100. Tu kalau masuk RM100 sehari. Kalau lebih? Rugi...rugi... Aku ni dok pikir pasal keja jer.... hhmmmmmm......

Tuesday, February 20, 2007

Selamat kembal ke blog untuk aku....

Kabare semua..... Terlebih dahulu Sham nak ucapkan jutaan kemaafan sekiranya sesapa yang masuk blog ni tapi blom hapdet lagi masa tuh. Sham betul2 sibuk sekarang.... Al maklumla.... kena jaga anak2 nih. Jadi baby sitter la plak setelah servant Sham tu dah kena "tendang" oleh wife Sham. Nak buat camana... Itu kemahuan dia. Dia yang nak diberhentikan.

So, Sekarang ni Sham la plak jadi baby sitter di waktu pagi sampai tghari. Pastu disambung plak oleh wife Sham hingga ke malam. Sekarang nih Sham masuk keja start tghari la. Tapi pepagi lagi dah hantar staff Sham si Pok Jue tuh. Umah Ijau dijaga oleh adik ipar yang baru datang dari kampung. Ok la juga tuh.

Friday, January 05, 2007

Sakitnyer belakangku.......

Hari ni hari ketiga aku jadi baby sitter. Pembantu rumah aku cuti sakit. Minggu depan baru dia balik. Tu kalau dia dah ok. Dah 3 hari aku bukak kedai kul 2 petang. Rudi la kalau cenggini lama2. Aku jaga anak aku sampai tghari. Bini aku balik sekolah, aku g bukak kedai plak. Aduh... Semalam balik ambik bini aku di sekolah, aku g sattlekan semua urusan bank.

2/3 ari ni rezeki murah. Walaupun aku bukak petang tapi income ok gak la. Alhamdulillah.... Tadi aku bukak e-mel. Ada mel dari Ted. Aku bukak blog dia jap. Sekali ada ternampak no tipon dia. Aku send sms kacau dia jap. Kuheh..kuheh...kuheh... dia dapat teka la no tipon aku. No Sabah katakan. Dia mesti agak aku punya sebab tadak orang lain dah orang yang dok Sabah yang dok kacau dia. Tgk gambo dia kat blog dia tu dah nampak tembam.... Sonak la Sein pasni dok cubit pipi si Ted nih.... hahahahah

Monday, January 01, 2007

Selamat Tahun Baru 2007

Selamat Tahun Baru 2007. Semoga tahun baru ini membawa banyak pembaharuan dalam hidup kita. Kita tinggalkan kenangan pahit 2006 dengan azam yang baru di 2007. Bagi sham, azam 2006 dah tercapai 100% iaitu nak bukak kedai komputer. Tahu 2007 ni Sham berazam nak tingkatkan kualiti dan produktiviti. Bagi famili plak, Sham berazam nak luangkan lebih masa bersama anak2 dan isteri sebab sejak bukak kedai ni, rasa cam kurang sangat masa ngan anak2 dan isteri.

Apa azam korang plak?

Friday, December 29, 2006

Aku, bapak saudara yang paling bangga dengan....

Aku rasa akulah bapak saudara yang paling bangga semalam sebab dua orang anak saudara aku dapat 8A dalam PMR yang diumumkan semalam. Abang aku yang di Terangganu dan KL tel bagitau berita gembira tuh. Bangganya aku lebih dari bapak diaorang. Aku bagi tahu semua kastemer yang datang kedai semalam bahawa anak sedara aku dapat 8A. Anak sedara korang camana?

Adik ipar aku plak dapat 5A. Terkejut gak sebab tak sangka dia dapat 5A. Kat kampung aku tgk dia ni suka tgk kartun jer. Perangai baik skit dari lanun. Suka merajuk. Manja giler ngan mak dia. Al maklumlah anak bongsu katakan. Mak mentua aku mesti bangga gile punyalah.

Icot? Farhan? Apo citer? Icot dengarnya tak dapat A pun. B jer. Si Farhan dapat la 1A. Meka ni kuat main game jer. Patutla dapat tu jer.

Sunday, December 24, 2006

Aku busy jer.....

Kabare semua.... Sorry la kalau sesapa masuk blog aku 2/3 menjak ni aku tak update. Sibuk beb... Malam semalam pun aku balik lewat. Siapkan keja kat opis. Pastu ada plak awek dok guna PC. Dia dok chating.

Hari ni aku tak ada pembantu. Aku sorang jer. Aku la boss dan aku lah kuli. Ingat Farhan ada. Aku dah msj dia tapi tak ada jawapan. Aku anggap dia tak nak keja la. Senang citer, aku datang bukak kedai sendiri. Pok Joe pun nak cuti ari nih sebab esok dia balik kampung. Flight pagi2 lagi. Sapa nak hantar? Aku jugak....

Tapi esok Raya Krismas. Cuti da.... Aku tutup kedai satu hari. Ingat nak g jalan2 ngan anak2 dan bini aku. Nak g mana yer? Aku blom plan lagi nak g mana. Bini aku ajak g pantai jer. Asyik2 pantai. Boring la. Tapi kalau nak pegi waterfall lagi bahaya untuk anak2 aku nih.

Kedai aku sekarang nih dah jadi tumpuan budak2 datang main game. RO, Halflife, CS, Max Payne, StarCraft, dll dah menjadi sarapan pagi, makan tghari dan minum petang meka2 nih. Kekadang tu siap tunggu aku bukak kedai lagi. Meka ni lebih awal datang dari aku. Tak apalah... Meka ni nak bagi rezeki kat aku. Dari meka dok lepak2 kacau orang, lebih baik meka lepak kedai aku main game. Ada gak manfaatnyer. Boleh tingkatkan skill pemikiran meka nih.

Thursday, December 14, 2006

Orang sakit otak datang malawat laman web famili aku...

Pagi seperti biasa aku bukak kedai. Kat luar aku tgk dah ada ramai budak2 dok lepak. Dalam hati, sah budak2 nak guna PC nih. Bukak je kedai, diorang serbu masuk. Nak main game la pe lagi.

Aku bukak emel. Cek apo citer yang masuk. Sekali tu ada la emel "servey" dari laman web famili aku nih, http://noorsham.cjb.net .

Ini mesej dia :

Name = john
URL = sadsad
Visit = No, I wouldn't visit again
Hear About = A popular search engine
Comments = inilah laman web paling bodoh pernah sayer layari...bodoh bengong giler...lu igt ank bini lu lawa ke hah bodohhhh?????
subject = Survey Results
REMOTE_HOST: 60.48.59.138

So? Aku cool jer. Aku fikir dia ni kenal ngan aku dan aku pun rasa aku kenal ngan budak nih. Dan aku rasa juga di ni perlu masuk hospital bahagia. Hahahahaaa....