Detox Foot Patch

Detox Foot Patch
Dapat segera secara online atau di kedai Warisan2u.Com Enterprise. Harga promosi, hanya RM15.00/pack. Telefon : 012 - 820 0278 / 013 - 865 5684

Sunday, November 05, 2006

Duit...Duit...Duit....

Ni raya ke berapa yer? Aku dah tak ingat dah. Selalunyer kalau sampai hari Jumaat pun aku lupa. Bila orang ajak aku g sembahyang Jumaat baru aku tahu hari tu hari Jumaat. Apa ra aku nih? Sibuk ngan keja. Nak kata keja banyak tu tak der gak. Tapi aku selalu la sibuk. Sibuk tang apa tah? Yang nyata aku sibuk. Nak hapdate blog ni lepas raya pun cam malas jer. Aku dah hapdate ari tu tapi punyalah panjang aku taip tetiba tak boleh nak upload. Aper ke sial hari tu... Geram tul.....

Ni keja nak cari DUIT.... Duit adalah raja segala-galanya. Betul lah orang kata "ada duit semua jadi". Tapi sebenarnya tak semua jadi kalau ada duit. Kalau ada duit berjuta sekali pun, kalau kita dok terapung kat tengah2 laut sorang2 sapa nak tolong. Nak bagi duit kat ikan jaws? Manalah ikan ni reti. Bagi diri kita kat meka ni ok la. Hahahaa... Duit...Duit... Dimana kau duit... Sini duit... sana pitih. Weiii, meh nok duit samah.

Friday, October 27, 2006

Lawatan ke kedai di raya ke-4

Selamat hari raya aidilfitri....

Hari ni datang melawat kedai jap. Tgk apo yang patut di kedai tu. Rasa dah lama aku tutup kedai nih. Keai lain dah banyak yang beroperasi. Aku datang ni pun sebab jiran depan rumah mintak baiki laptop dia. Anak dia dah jahanamkan . Langsdung tak boleh masuk windows. Aku nak bukak kedai pun ramai sangat kekawan yang buat open house. Banyak citer nak masukkan disini tapi cam aku dah lupa la... nanti lah kalau aku ada masa.

Monday, October 23, 2006

Cerita Ramadhan Hari Ke-30

Alhamdulillah..... Syukur kepada tuhan yang Maha Esa kerana dah cukup 30 hari berpuasa... Sempurna ke tidak tu, tanya iman sendiri lah. Aku pun rasa puasa aku cukup tapi kurang sempurna. Banyak yang perlu diperbaiki. InsyaAllah kalau dipanjangkan umur ke tahun depan.

OK... Sham ishtiharkanlah bahawasanyer.... esok dah raya. Hehehe... Ye lah tu... So, Sham nak ucapkan,


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
KEPADA
SEMUA YANG MENGENALI SHAM DAN SHAM NAK MINTAK MAAF JIKA ADA TERKASAR BAHASA SEPANJANG KITA BERLOG NIH.

Sham akan bercuti mulai
23 Oktober 2006 hingga 29 Oktober 2006
sempena Hari Raya Aidilfitri.

Wassalam...

Cerita Ramadhan Hari Ke-29

Kabare....

Hari ni 22 Oktober 2006, kita pakat g tgk anak bulan. Tgk bulan dah mandi ke blom. Kalau anak bulan tido,maka kita akan beraya lusa. Kami tutup kedai awal ari nih. Aku ajak staff aku si Kembar bukak pose kat umah aku. Bini aku buat nasi beriani.

Pagi tadi g beli rak TV yang baru. Bini aki beli meja makan baru. Aku plak beli rak TV baru. Nampaknyer tahun ni kami beraya sakan. Baju raya baru semua anak beranak. Orang pun tak ramai masuk kedai. Semua CC cam tu. Aku yang dah tutup dari semalam lagi. Aku? Bila nak tutup yer?

Saturday, October 21, 2006

Cerita Ramadhan Hari Ke-28

Assalamualaikum semua....

Dua hari lagi kita dah nak beraya... Puasa kita camana? Terawih kita camana? Kuih raya camana? Baju raya camana? Esok dan nak tgk anak bulan. Amalan kita Ramadhan kali ni makan bertambah atau sama jer atau makin berkurang sebab dok sibuk ngan buat kuih raya? Tepuk dahi... sakit sendiri...
Ni ada citer skit. Citer geram semalam. Semalam, lepas jumaat aku balik umah tido. Tel bini. dia kata ada pendaftaran budak tingkatan 1 sampai kul 3 ptg. So, aku dan Pok Joe balik tidokat umah. Bukan boleh tido selesa sebab anak aku tu dok kacau. Si Iman asyik dok naik atas aku buat kuda. Si Hani plak dok menjerit2 kat adik dia sebab kacau aku. Hadoi.....

Dalam kul 3 lebih gitu aku tersedar dari tido yang tak berapa nyenyak. Aku terus basuh muka dan kuar g ambk bini aku. Tinggalkan Pok Joe kat Rumah Hijau. Ada bebudak dok tgh tunggu kedai bukak. Bini aku ajak g bank sebab nak bank-in kan duit koperasi sekolah. Lepas tu kami ke Likas nak cari juadah berbuka. On da way jalan dah jem. Aku cuku hangin bila time gini ada la mangkuk hayun yagn tak reti sabar. Banyak la nak potong q. Sekali tu aku satu kancil tetiba potong keta aku. Dia mencelah nak masuk lorong aku. Kurang hajar. Nasib baik kau sempat brek. Aku kasik hon 2/3 kali. Dia jengok dan membebel. Marah kat aku plak. Aku dgr dia kata, "pakai hotak la skit", sambil tunjuk2 kat kepala dia. Eh..eh...? Aku ke dia yang kena pakai otak? Aku memang dah pakai otak. Kalau tak aku dah g belasah dia tu. Dah la mencilok orang bari bagi signal. Bengong... Nak je aku kuar dari kita g belasah ngan strering lock aku nih. Ingat mak bapak dia punya jalan ke? Nasib baik bini kat sebelah dok coolkan aku. Bila boleh jalan dia potong lampu merah plak. Nak cepat konon la tu. Dalam hati tu biar dia eksiden. Baru padan ngan muker.

Masa on da way balik, kami follow satu wira warna biru. Wira tu bawak slow jer. Kami follow dari belakang sebab masa tu nak kat simpang nakmasukke jalan besar. Tetiba pintu depan sebelah penumpang terbukak. Aku nampak sebelah kaki terjulur keluar. Ingat depa ni main2 jer. Sekali tu wira tu dah jalan sekali ketengah, sekali ketepi. Nampak cam dok gaduh dalam keta je. Nampak sebelah pemumpang tu pompuan. Pemandu tu laki. Si laki tu kasi penampar pompuan tu. Mungkin sebab pompuan tu nak terjun dari keta. Aku kasik hon banyak kali. Meka nampak terkejut. Aku potong slow2 dan aku jerkah kat meka suruh berhenti ket tepi. Kan tak pasal2 eksiden ngan keta len. Orang len plak yang susah.

Lepas aku potong keta tu aku tgk kat side mirror meka dah berhenti di tepi jalan. Sakit jantung aku petang ni tgk karenah pemandu dijalan raya nih. Ramai yang pentingkan diri sendiri. Itulah kalau kurang kesabaran. ( Aku pun dok selalu menyumpah-nyumpah kat pemandu len yang "bodo" bila memandu. Tak pergi kursus pemanduan kot? )

Friday, October 20, 2006

Mak tan lau..... Big Mac best.........


Semalam kami singgah lagi di Mak Tan lau @ MacDonald..... Aku blom puas makan Big Mac. Kali ni kami lepak kat sana. Aku, bini dan Pok Joe. Icot? Dia balik awal ngan bapak dia. Aku dah cakap dah kat dia tapi mungkin dia ada hal lain. Dah tadak rezeki dia nak makan Mak Tan Lau. Kali ni plat no. 2 kami di ambil orang tapi aku nak jugak nombor tu. Aku mintak tukar. Apa pun yg terjadi plat no. 2 mesti aku dapatkan.


Gembira tak terkata sebab misi terlah tercapai. Aku dah kata no. 2 ni nombor bertuah aku. Sapa pun tak boleh ambik kecuali nombor bertuah dia tu sama ngan aku. Hahahaaa....



Aaaaa.... Pok Joe pun nak bergambar ngan plat no. 2 gak ler....

Eh..? Eh...? Ummi pun nak no. 2 gak ker? Kan nombor bertuah ummi ialah no. 9... Nanti abah g cari no.9 untuk ummi yer?

Cerita Ramadhan Hari Ke-27

Hari ni cuaca cerah. Jerubu dah semakin berkurangan. Bukit bukau dah semakin nampak menghijau. Segar mata memandang. Tak seperti hari2 yang lepas. Kelabu asap jer. Pagi ni aku ngantuk betul. Bini aku kejutkan bersahur rasa malas nak bangun. Tapi kalau tak sahur, nak keja lapar plak. Lepas sahur layan Astro kejap walau mata ngantuk. Memula tu ok la. Aku yg tgk TV. Pastu TV yang tgk aku tido. Pok Joe dah awal2 lagi terbungkang atas sofa lepas makan sahur tadi. Aku tersedar bila jam dah nak abih waktu subuh. Cepat2 g sembahyang subuh. Lepas tu sambung tido balik.

Lepas hantar bini aku ke sekolah aku balik sambung tido. Tersedar bila kak Ireline call tanya pasal VCD kaunseling yang aku convert semalam. Dia tak pandai nak bukak kat laptop dia. Boringnyer...... Menda yang remeh cam tu pun takboleh buat. Bagi aku remeh la tapi mungkin bagi dia menda tu susah sangat. Apo pun... Jalan sajalah... Orang dah mintak tolong. Kita tolong saja. Jangan kedekut dengan pertolongan. Tapi aku ni kedekut ngan duit... Ye ker? Kalau kedekut akutak ler nak sedekah kat masjid atau orang2 yg dok mintak sedekah tu. Kalau kekawan nak pinjam tu aku kasik jer kalau aku ada duit la. Tapi ada gak yang tak menghargainya. Manusia... No body perfect ma.....

Masalah aku? Aku nak selesaikan secepat mungkin tapi kawan tu cakap nak bincang lepas raya. Oklah... Dia kata tu cadangan jer. Kalu aku setuju la... Sebenarnya aku tak kisah kalau guna jalan yang betul. Berbincang dulu. Ini tidak. Terus dapat surat cam surat saman. Dah siap tandatangan plak tu. Sapa tak melenting kalau dapat menda cam nih. Dulu masa memula nak bisness tak cakap pun pasal hal nih. Cakap nak tolong jer. Alih2 dah dekat setahun mengapa hal cam ni ditimbulkan. Raya 2/3 hari lagi tu. Aku lihat famili dia dan aku dah nampak lain dah. Kalau dah baca apa yag aku tulis sebelum ni aku mintak maaf bebanyak la kalau terasa di hati. Kalau dia terasa, aku lagi terasa. Yelah... aku dah anggap dia cam mak bapak aku sendiri. Aku dah ler tadak bapak dah. Mak plak dok jauh. Tapi bila berlaku cam nih aku rasa cam aku ni dipermainkan jer. Aku mintak maaf bebanyak ler sebab mungkin aku dah terlebih cakap. Sekali turun tu memang aku hangin gak ler... Tapi ni aku dah cool. Nanti raya ni boleh mintak maap lagi... Ok ker?

Thursday, October 19, 2006

Cerita Ramadhan Hari Ke-26


Ari ni si "kembar" cuti. So, aku ajak pok Joe g IP. Rumah Hijau tutup. Kalau bukak pun tak seberapa sangat sebab bdk2 pun nak exam. Aku tak galakkan meka dok main game jer. Di IP, pagi2 lagi kami dok godek lampu. Nak tukar lampu yang rosak.



"Hati2 wei.... Kan kena karen tak raya plak kang... " Kalau bab2 manjat cam nih serah jer kat Pok Joe. Dia biasa arr... keja cenggini.

Skill baru dari Pok Joe. Tak boleh pegang ngan tangan, sendal je ngan kepala. Ganehnyerrr...

Cerita Ramadhan Hari Ke-25

Kabare...


Semalam aku busy sangat. Nak hapdet blog pun tak sempat. Ada ramai kastemer. Tgh ari aku g ambik Pok Joe di Rumah Hijau sebab tak ada letrik. Lepas tu ambik bini aku di sekolah. Kemudian kami ke pejabar AVF di Iramanis dekat Jalan Lintas. Nak beli barang skit. Aku ajak bini aku dan Pok Joe berbuka di IP.

Malam, kami balik pukul 9.34 mlm. Singgah di Mc D tepi jalan dekat ngan Yayasan Sabah. Lupa apa nama jalan tu. Aku beli Big McD 3 set. Lama dah tak makan Big McD.



Sabar menunggu pesanan aku siap. Woiii... Lamanyer korang masak.... Aku lapo dah nih... Ambik gambo sket.... Kontrol encem skit..









Pok Joe dengan bangganya memegang plat order nombor 2. Mana order meja nombor 2 nih...... Nombor bertuah aku ialah 2. Kalau aku beli sesuatu mesti 2.

Tuesday, October 17, 2006

Cerita Ramadhan Hari Ke-24

Assalamulaikum semua...


Harap semua hari ni sihat2 saja. Aku? Biasalah.... Kepala otak aku ni dok bermain, dok berfikir pasal semalam. Napa la perkara tu melekat sgt kat kepala aku nih. Yelah... Kalau kita rasa orang dah buat sesuatu yang kita rasa tak elok tu, kita akan dok teringat perkara tu sampai 2/3 ari. Bahkan sampai 3/4 tahun pun kita akan still ingat. Lebih2 lagi kalau orang tu kita dah anggap cam sedara sendiri. Kemudian sanggup pulak menda cam tu kat kita. Adushhhh....... Inilah dugaan hidup di tempat orang yang terpaksa aku dan isteriku tanggung. Dah la jauh dari sedara mara. Orang kat sini yang kita anggap sedara pun nampaknya ada agenda lain.


Apa pun aku kena hadapi dengan tabah. Jangan cepat melatah. Nanti mao bawak berbincang dulu. Sedangkan lidah sendiri lagi tergigit... Inikan pula lidah bini... Oppsss... Biarlah perkara ni dari kerelaan bukan paksaan atau telah dicucuk oleh mana2 pihak.


Kalau "orang" yang baca ni terasa, dia tak ada hak nak marah aku sebab ni diari online aku. Aku bebas nak tulis apa yang terpendam kat hati aku kat sinih. Sekurang2nya aku puas bila meluahkan segalanya disini. Aku tak kacau orang. Jadi orang len jangan la nak nyusahkan idup aku. Aku "di sini" sekadar mencari rezeki yang halal di bumi Allah yang "indah permai" ini.

Oklah... Stop dulu marang merapu kepunden marang sekeper tu. Hari ni pepagi lagi aku dah sampai IP. Nak siapkan laptop student yang hantar semalam. Kena format dan install balik Windows sebab fail dia dah korup. Aku nak backup fail dia pun lamabat. Besar sangat. Apa benda la dia taruk nih. Cabut HDD dia dan sambung kat PC aku pun tak bolah nak akses folder tuh.

Sambil tunggu laptop ni dok buat back-up, aku nak tampal sticker "Selamat Hari Raya Aidilfitri" jap. Kedai biar nampak suasana nak raya. Aku tengok kedai Cina dan India pun tampal menda nih. Pas tu kalau g shoping meka ni ngalahkan orang Islam nak raya. Ambik peluang nak beli barangan murah time nak raya nih. Time raya kita diorang nak nyibuk. Time raya diorang pun sama gak nyibuknyer. Aku gi nyibuk gak semalam. Beli "spender" raya. Hahahaaaa...

Monday, October 16, 2006

Cerita Ramadhan Hari Ke-23

Hari ni sampai awal di IP. Dok releks2 jap. Ingat nak ambik duit. Check duit gaji bini aku melalui internet. Dah masuk dah. So, aku drive ke Inanam ambik duit sebab pagi2 ni orang tak ramai. Ambil duit 1K sebab nak bayar utang kedai dan nak shopping raya skit.

Pagi mood aku ok tapi bila tghari mood aku tak ok bila dapat 2 keping surat. Ye lah... Manusia tetap manusia. Dulu lain. Sekarang lain. Dulu boleh ngaku saudara tapi bila terdesak, saudara tah ke mana. Inilah "MELAYU" bukan tulen sebab kalau melayu tulen takkan buat cam ni. Kenapa dulu cakap lain tapi sekarang lain? Kenapa perlu terus bagi surat? Tak boleh bincang dulu ker?

Aku fed-up betul orang cenggini. Kenapa dari awal tak cakap betul2. Kalau tak boleh nak bayar utang orang bincang betul2. Kenapa nak ambik cara gini untuk selesaikan segalanya. Kalau boleh selesai semua tak per. Ni separuh pun tak sampai. Cakap ongkos tadak tapi tgk dok beli itu ini. Apa ni? Kok ya pun bayar la skit utang orang tu. Kami bukan ketegak sangat tapi sekurang2nya ada gak la modak nak berniaga. Ni tidak. Kami sendiri semput. Kalau berniaga masyuk 1k sehari ok lah. Nak dapat seratus pun semput. Aku dah 2 bulan tak dapat gaji. Padahal boss tapi boss tak dapat gaji penuh. Anak kuli dapat gaji. Boss dok makan duit elaun skit2 jer. Kalau ada sepuluh kedai pun tak guna kalau cam nih.

Ingat kalau gini aku kena caj setiap servis aku la. Buat per aku nak kasik servis free sedangkan aku kena bayar sewa l***n? Ada ke orang bagi sewa sesuatu kat kita tapi dalam masa yang sama dia pakai gak menda tu? Fikirlah weiii.... Ni bulan puasa. Seminggu lagi nak raya. Jangan nak aniaya orang. Ingat! Doa orang yang teraniaya ti dimakbulkan Allah. Lebih2 lagi dalam bulan pose nih.

Aku harap semua ni dapat diselesaikan dengan elok. Aku tak suka nak besar2kan perkara nih. Tak suka aku tak per. Cakap jer. Aku boleh join orang lain. Ramai lagi yang nak khidmat aku.

Sunday, October 15, 2006

Cerita Ramadhan Hari Ke-22

Salam pagi Ahad.... Korang tido lagi ker? Kalau hari minggu ni mesti membute la sume nih. Oittt... Bangun.... Sham pagi2 lagi dah kuar g IP ngan Pok Joe. Bukak kedai la po lagi. Tapi kul 10am++ baru meriah kedai. Sebelum tu sunyi sepi jer. Adessss... perut memulas plak....

Ok, sambung balik. G jumpa Mr. Tan.. jap. Lego raso perut. Tadi g hantar keta kat bengkel cuci keta. Dah berapa bulan tak basuh. Jap lagi ni g tgk keta dah siap basuh ke idak sebab tadi budak basuh keta tu kata nak basuh bengkel dulu baru basuk keta.

Tadaaaa... Kereta ku berjaya dibasuh sudah setelah hampir 3 bulan tak basuh. Berkilat dah kena polish.... Harapnyer malam ni jangan la hujan... Cian kat keta aku nih...

Pagi ni aku nak pasang kabel networking kat kedai kawan aku nih. Semalam aku dah buat skit. ari ni sambung kasik abis. Lotih wooo.... Penat lagi tuh... Tekak puh dahaga. Aaaairrrr..........

Opss... posing atas tangga jap. Cepat ler aku nak ketuk paku nih...

Tolong pegang tangga ni woit... Kang tak raya plak kang...



Pok Joe tengah pasang "network connector". Baru belajar tu. Oklah lulus... Markah 90%.

Saturday, October 14, 2006

Cerita Ramadhan Hari Ke-21

Salam semua.... Selamat berpuasa kepada yang puasa dan yang tak pose tu..... salam tak pose... Amacam hari semua? Harap korang eppi sebab 9 ari lagi nak raya. Tapi Sham tak berapa eppi la... Sebabnyer....?
  1. Takleh balik raya kat kampong... duit tak cukup... waaaa.... waaaaa.....
  2. Dah tak dapat duit raya... kena bagi duit raya ada la..... ni yg maleh nih...
  3. Amalan dibulan puasa kurang sangat... sibuk keja...
  4. Terawih kekadang jer... bukan malas tapi penat keja. Balik umah terus tido...
  5. Masa ngan anak2 terlalu sedikit. Ingat cuti raya nak nak habiskan masa ngan anak2 je...
  6. Nak cuti raya dah.... cuti maknanyer Sham tak keja.... bila tak keja duit tak masuk.... Sham akan rasa boring bila tak keja sebab dunia Sham adalah keja...keja...dan keja....
  7. 2/3 ari ni palo asyik poning jer.......... tolong....... tolong...... tolong picit bleh?

To Be Or Not To Be ..... ?

Apo la esei nak masok di hari rayo nih...? Buat roti jalo? Ok ker? Satey? Maleh nak bakor plak.. Goreng bihun? Mmmm... sama je cam tahun lepas... Kuih? Alah... beli jer kat pasar... Rendang? Ayam ke daging? Hhhmmm...

Friday, October 13, 2006

Cerita Ramadhan Hari Ke-20


Assalamualaikum semua.... Pagi ni internet offline kejap. Dalam kul 9.33am baru boleh online. Sham terus bukak emel. Bukak tenet baca paper. Sekali tengok emel dari Abg Faizal, abg ipar yg dok kat KL. Emel tu pagi2 dah buat Sham senak perut. Apapun korang bacala sendiri yer...

Jawapan sejarah yang membuatkan cikgu pengsan...
(Sila klik imej untuk besarkan kalau nak baca)




Thursday, October 12, 2006

Cerita Ramadhan Hari Ke-19

Wa sakit palo daaa.... Palo berdenyut-denyut nih... Tak dapek nak pikir apo citer nak tulis.......


p/s : Mood dah ok. Wife ok... anak2 ok... Pok Joe ok? Sham...? Poning palo wehhh....