Detox Foot Patch

Detox Foot Patch
Dapat segera secara online atau di kedai Warisan2u.Com Enterprise. Harga promosi, hanya RM15.00/pack. Telefon : 012 - 820 0278 / 013 - 865 5684

Friday, September 22, 2006

Happy birthday Sayang......

Pagi ni aku sampai opis kul 7.++am. Orang len blom sampai lagi. Kat parking pun kosong lagi. Wah... Kira aku ni org pertama yg menapak kat kompleks nih? Tentu tidak sebab pak guard dah sampai awal da...
Tapi sebelum tu aku hantar bini aku ke sekolah dulu. Lepas cium dan salam tangan, aku ucap "Happy Besday Sayang". Bini aku terkejut... Dia dah lupa hari ni hari lahir dia... Nanti tghari ni, lepas Jumaat aku nak g beli kek lah untuk "kekasih hati" tersaayang. I lov U sayang... Semogu panjang umo dan dimurahkan rezeki....

Aku on pc. Bukak tenet dan baca Utusan Malaysia jap. Pastu bukak blog. Nak update. Sekali tu kluar....

Down for Maintenance. Blogger is temporarily unavailable due to planned maintenance. This maintenance will last 45 minutes from 4 pm to 4:45 pm (PDT)

Haiya..... Tak per lah... Kena tunggu la dulu. Aku g kat ruangan solat. Lepak jap sambil dok mengelamung sampai la aku telelap. Kejap je terlelap sebab bunyi bising orang dok bukak grill kedai. Adush... Sakit telinga ku. Tgk beg besar aku kat sebelah. Ada peti besi aku dalam tu. Nak kira duit jap. Fuyoooo... Ada seribu lebih dalam peti besi tu. Kat dlm beg tu ada 7 ratus lebih... Waaa... ada dekat 2 ribu dalam beg nih. Kekadang aku selamber jer campak beg tu dlm keta, dlm opis... Nak gi bank lah.... Pak Cik kayo... Pak Cik kayo......

Thursday, September 21, 2006

Kedai baru selamat dibuka pada 15 September 2006

Pada 15 September 2006, malam, maka dengan rasminya WDC Enterprise cawangan kedua dibuka di Lot 13A, Urban Minimall, Jalan Sepanggar, Taman Indah Permai, 88450 Kota Kinabalu, Sabah. Kami buat majlis baca Yasin dan tahlil. Kemudian makan2 la skit. Jemput sedara mara dan kawan2 jer.

Happy besday Pok Joe....

Semalam, semasa aku dok mengisi borang kerja untuk Pok Jue ( Ahmad Faizul Bin Rosli , aku terpandang tarikh lahir dia pada nombor i/c dia. 840920-03-xxxx. Ops... Kalau tak silap aku tarikh lahir dia 20 september. Oooo hari ni laa... So, aku SMS bini aku tanya nak buat apa mlm ni utk Pok Joe. Aku ingat nak buat suprise untuk dia. Nak beli kek tghari nih.

Tghari aku tunggu Icot datang ke IP. Bila Icot datang aku suruh dia jaga kedai jap sebab aku nak keluar. Aku pegi ke sekolah ambik bini aku jap. Kemudian kami pergi makan tghari di kantin sekolah. Lepas tu kami ke Likas Mart. Ada kedai kek kat sana. Ada la beberapa biji kek yang aku nak pilih. Nak satu jer. So, kami pilih satu kek yang sederhana besar.

Malam tu aku dok chating ngan Pok Jue pakai Yahoo Massager. Cakap kat dia malam ni bukak sampai kul 10mlm sebab balik nanti aku nak singgah kedai yang dia jaga tu. Bini aku call. Dia cakap nak buat nasi ayam. Aku ingat nak beli satey jer. Ok lah. Makan nasi ayam sempena besday Pok Jue.Ok gak. Aku tak kisah sebab aku suka nasi ayam yang bini aku masak. Best.....

Malam, kul 9mlm aku dah tutup kedai. Cakap kat Pok Jue dalam chating tadi suruh tunggu aku. Aku drive keta slow jer sebab ujan renyai2. Dah nak sampai umah, aku call Pok Jue cakap aku tak dapat singgah sebab perut aku meragam. Terpaksa g jumpa Dr. Tan segera. Hahaaaa.... Suruh Pok Jue tutup kedai dan terus balik jer.

Sampai kat umah, bini aku tanya mana Pok Jue. Aku cakap aku dah call. Cakap aku nak b*r*k. Tak sempat singgah "rumah hijau". ( rumah hijau = panggilan bagi kedai kami yg pertama )Kami tunggu Pok Jue balik. Bila dengar bunyi enjin motor, kami standby blakang pintu. Bila dia bukak je pintu, SUPPRISE...!!! HAPPY BESTDAY.... Pok Jue terharu... Dia kata tak penah orang sambut bestday cam tuh.... Oklah.... Kami dah buat untuk dia.... Semoga dia happy....

Kek besday Pok Jue. Biasa jer..

*Gambar2 lain tak dapat disiarkan kerana masalah teknikal...

Wednesday, September 20, 2006

Nak demam plak...

Pagi ni aku sampai awal ke opis. Komplek blom bukak lagi. Nasib baik opis baru aku ni ada jalan belakang. Samapi di opis lebih kurang kul 7.45pagi. Tadi lepas antar bini ke sekolah aku tido dalam keta depan opis lama. Teringat plak citer dalam paper semalam pasal pompuan yang tido dalam keta, bila dia bangun dia terpijak pedal minyak. Pastu keta dia menjunam jatuh bawah bukit. Mati kat situ gak. Ciannyer.... Apa la perasaan la gi dia bila dengar berita tu. Dah ajal dia kat situ... Itulah takdir....

Aku plak tak tahu apa takdir aku hari nih. Ni mungkin dah ditakdirkan aku mula nak demam. Argh... tidak....tidak.... Jangkit ngan bini aku la nih. Bini tak bagi cium dia aku nak cium gak. Kan dah berjangkit demam tu kat aku.

Nak edit blog aku la jap. Taruk link kekawan. Senang skit aku nak surf blog meka nih. Camana yek... Yup.... senan jer. Copy & Paste je kod dari blog orang lain. Hahahahaha...... Abih citer....

Monday, September 18, 2006

Aku dan dunia ku....

Aku...
Aku seorang lelaki...
Betul ke?
Ye la...
Kenapa?
Sebab aku dah ada bini,
Sebab aku dah ada 2 orang anak...
Ye ker?

Aku...
Aku seorang jantan...
Tapi bukan ayam jantan da...
Jantan yang kehausan betina...
Ooppss... bukan betina tapi perempuan...
Perempuan mana tu?
Sapa lagi kalau bukan bini aku...

Dunia ku...
Duniaku kini hanyalah aku...
Aku dan aku...
Aku buat apa yang aku suka...
Aku kerja dengan pekerjaan yang aku suka...
Aku pedulik hapa ngan orang lain...

Dunia ku...
Dunia ku hanyalah komputer...
Komputer...komputer...komputer...
Kemana-mana aku jumpa komputer...


Dunia Ku...
Dunia ku penuh dengan komputer
Kerja? Komputer...
Tidur? Komputer...
Jalan? Komputer...
Kereta? Komputer...
Makan? Makan nasi la...
Mana ada orang makan komputer... Nak mampos?

Nota kecik : Apo yang ko merepek nih Sham?

Friday, September 15, 2006

Layan dikir lagi...

Sebab sibuk nak urus kedai... Sham taruk dikir ka'tok (katak) la dulu. Semoga terhibur...

Tuesday, September 12, 2006

Sunday, September 10, 2006

DON'T LIE TO KIDS!!!

Ingat ari nih nak g setup PC kat kaedai baru tu. Ada keja plak kat kedai lama. Pastu kawan call mintak tengok2kan PC dia. Ni aku tengah boring mana satu nak buat. Bukak tenet la kejap. Release tension jap. Bukak ruangan joke kat www.cari.com. Terbaca satu joke yang membuat Sham senak perut nih. Hampeh pumya joke.... Baca sambil gelak ngan Pok Joe.


Gini citer dia....

There was this guy sunbathing in the nude at thebeach. Well, this little girl comes up to him, so hecovers his private parts with a newspaper.The little girl says, "What's under there?"So the man answers, "A bird."The girl goes away and the man falls asleep. When he wakes up, he is in a hospital and in great pain.A doctor comes up to his bed and asks, "Whathappened?" The man answers, "I don't know. I was at the beachand I fell asleep after talking to a little girl."So the doctor tells this to the Police, and they goto the beach to find any witnesses.When they get there, they see the little girl theman was talking about. So they ask her if she didanything to the man.She answers, " I didn't do anything to the man, butwhile he was sleeping, I played with his bird. After awhile, it spit at me, so I broke its neck, burned itsnest, and smashed all its eggs. HUAHAHAH!!

Saturday, September 09, 2006

Layan dikir la dulu........

Kita layan dikir barat la dulu... Sham harap sesapa yang masuk blog ni terhibur. Nak siapkan urusan di kedai baru. Mungkin tak sempat nak updatekan blog nih untuk 2/3 hari tapi kalau sempat, Sham masuk jengok gak mana2 yang sempat.

Megat Nordin - Ambo raso bekene.



Ella - Thai

Friday, September 08, 2006

Aku giler keja...

Aku giler keja...
Sebab dulu aku dah lama menganggur,
Kalau dapat buah anggur takpe gak,
Boleh jual kat tamu di KK,
Dapat gak guit boleh buat belanja.

Aku giler keja...
Sebab dulu kerja aku boring giler,
Asyik tengok kain baju jer,
Kalau aku boleh ambik free tak per,
Ini kena bayar plak.

Aku giler keja...
Keluar pukul 6.30 pagi balik lewat malam,
Itupun balik sebab bini aku tipon suruh balik,
Kalau tidak, aku balik esok paginyer.

Aku giler keja...
Sebab keja sekarang ni aku memang suker,
Keja yang sehati sejiwa ngan aku,
Sebab keja ni aku memang dah expert.

Aku giler keja...
Sebab bila aku buat keja,
Aku dah tak hiraukan sekeliling aku,
Walau tsunami datang, aku still ngan keja aku.

Aku giler keja...
Sebab tidur malam aku masih dok pikir pasal keja,
Masa mandi, makan, memandu, malah sedang berak
pun aku dok pikir pasal keja.

Aku giler keja...
Sebab aku dah tak tahu nak tulis apa2 lagi,
Sebab kepala aku dok pikir pasal keja,
Sebab banyak lagi keja aku yg blom siap.


*Ini bukan puisi, syair atau sajak. Sekadar tulisan bodo dari orang yang giler keja tah apa2. Hah tu apasal plak? Tido ke curik tulang tuh? Letih siot.........

Wednesday, September 06, 2006

Mangkuk hayun punya PTI...

Pagi ni aku dok layan lagu Jamal sampai meleleh ayak mata. Sedih siot bile betul2 hayati lagu Di Sudut Kamar Hatiku. Teringat plak kat arwah bapak aku yang dah 11 tahun meninggalkan aku dan keluarga. Terbukti bahawa hati jantanku ini tidaklah keras seperti yang aku war2kan. Aku mempunyai hati yang lembut, yang mudah tersentuh.

Tengah syok dok layan lagu, datang satu minah ni mintak nak fotostat passport. Indon ghupenyer. Sekali tu dia mintak aku taip satu nama dan no I/C. Saiz huruf tu sama besar ngan hurus dalam I/C. Aik? Ni dah cam laeng je nih... Lepas aku print yg dia mintak tu dia terus blah. Aku kembali layan lagu lagu 2 Insan nyanyian Ezad dan Eva. Lepas tu datang lagi satu minah ni mintak aku taip menda sama gak. Dia tunjuk satu salinan fotostat I/C. Mintak aku buat huruf tu sama ngan dalam I/C tu. Sah depa ni nak buat I/C palsu. Cilaka tul... Woi... ingat aku ni tempat cetak I/C palsu ka? Kalau dah Indon tu, Indon gak... Ko nak aku masuk jell ker hah? Bengong... Aku cakap kat minah Indon tu tulisan dalam I/C tu tak boleh ditiru. Jabatan Pendaftaran je yang ada tulisan cam tu. ( sememangnya aku boleh gak buat tapi tak mo...) Cinabeng punya Indon... Dia nak buat I/C palsu la tu. Kalau ada lagi yang datang mintak buat cam nih, aku tak teragak untuk laporkan kepada Polis. Bior padan ngan muker dia.

Arghhh.... Abaikan Indon tu dulu... Aku mau layan lagu dulu...

Dua Insan

( Eva: )
Bila kau senyum,
ku gembira
Bila kau sedih,
ku menangis
Bagai taman rindukan kembang
Ku rindu wajahmu oh sayang

( Ezad: )
Di mana saja kau berada
Ku kan tetap bersamamu
Walaupun jasadku jauh
Namun hati tetap padamu

( Ezad: )
Bila saja halangan menimpa
Kerna cinta ada ku tetap setia
Hanya dikau dan asmara
Membuat hidupku bagai dalam syurga

( Eva: )
Biar masa berganti masa
Biar pun musim berganti musim
Telah kukatakan padamu oh sayang

( Eva & Ezad: )
Hanya kuasa Tuhan dapat memisahkan

( Eva: )Jika kau tanya pada rembulan
Mengapa cahaya berseri-seri
Nanti jawabnya kepada mu
Kerna dikau cinta padaku

( Ezad: )
Ku persembahkan kepada mu
Sekuntum bunga mawar merah
Kau terima sambil tersenyum
Kembang yang harum kau cium

( Eva & Ezad: )
Bila saja halangan menimpa
Kerna cinta ada ku tetap setia oh...
Hanya dikau dan asmara
Membuat hidupku bagai dalam syurga

( Ezad: )
Dua insan sedang bercinta
Dua insan berjanji setia

(Eva & ezad:)
Telah kukatakan padamu oh sayang
Hanya kuasa Tuhan dapat memisahkan

( Eva & Ezad: )
Bila kau senyum, ku gembira
Bila kau sedih, ku menangis
Bagai taman rindukan kembang
Ku rindu wajahmu oh sayang

( Eva & Ezad: )
Di mana saja kau berada
Ku kan tetap bersamamu
Walaupun jasadku jauh
Namun hatiku tetap padamu

-Khas buat isteri tersayang...Noor Fathilah. Semoga cinta berpanjangan...

Monday, September 04, 2006

Hari ni dan semalam...

Aku tak ada idea nak taruk per kat sini ari nih... Dok perah idea... Buka tak ada modal tapi banyak sangat peristiwa yang berlaku semalam... Pergi kerja, buat budget kedai baru, pergi kedai perabot, pergi ambik laptop untuk diservis, pergi ukur kedai baru, pergi taman, kacau pok jue, tengok eksiden tepi highway dekat ngan umah, kacau bini, main ngan anak2, dll...


Pagi tadi bukak blog kawan2. Kacau mana yang nak dikacau. Pastu dok usha camana nak taruk radio.blog kat blog neh. Jap jer dah jadik. Taruk lagu2 yang aku suka. Bestntyer........


Senyuman Iman dipagi hari. Tak henti2 panggil abah. Kalau aku tak cakap "ya", dia tak berhenti.



"ANAK SAPA LA NIH..?" Lepas pegi ukur kedai baru tu, kami pegi makan kat KFC. Masa tengah makan tu aku tengok ada budak dok bawah meja depan kaunter. Tah apa yang dia intai...


Jalan-jalan dengan Pok Joe keliling tasik sambil menyedut udara segar.

Cubaan Pok Joe terjun ke dalam tasik tidal berhasil kerana berjaya dihalang oleh aku. Dia begitu teruja melihat kesegaran air tasik tersebut...

Ops... Aku ada hal nak kuar jap. Nanti sambung balik petang nih....

Ni sambung balik blog aku nih. Tadi draft jer. Tgh ari tadi g jumpa Paulin pasal surat perjanjian sewa kedai. Jumpa dia kat Luyang. Bayar deposit semua sekali. Lepas tu kami ke Pusat Perabot F5 di depan jalan nak masuk ke SMK Mengatal @ SMK Bandaraya. Beli perabot untuk kedai. Kami belanja RM3320 untuk perabot kedai. Kak Sapiah ikut sekali. Yang dia punya kami bayar dulu sebab dia blom dapat duit. Lama jugak kami di sana. Sibuk dok tawar-menawar ngan tokey kedai tu.

Ingat nak pergi bersihkan kedai tapi dah penat sangat. Jam pun dah dekat pukul 5 petang. Kena balik tengok Pok Joe kat kedai plak. Cian dia dok sorang2.

Sunday, September 03, 2006

Peristiwa 02/09/06

Pergi tengok kedai baru

Semalam aku bukak kedai separuh hari saja. Biasalah hari Sabtu dan Ahad. Dalam pukul 2 petang kami ke Indah Permai Mall untuk melihat kedai baru yang akan kami sewa. Aku dah cal owner kedal tu cakap nak tgk kedai hari ni. Kak Sapiah call. Aku suruh dia jalan dulu.


Sampai di sana aku tengok kereta kak Sapiah dah ada di tempat parking. Tapi dia tak kelihatan. Aku terus masuk ke dalam Indah Permai Mall tu dan pergi ke lot kedai yang kami nak sewa tu. Masa aku dok depan kedai tu aku tengok ada awek Cina kat depan kedai dok perhatian aku. Mungkin si Paulin kataku dalam hati. Tapi aku buat tak tahu jer. Kemudian dia datang kepada ku. "Ni Sham ker?" tanya dia. "Ya, saya." kataku. Dia terus bukak kedai tu untuk kami lihat2 dan tengok2 kat dalam tu. Kak Sapiah belum kelihatan. Aku call dia. Dok kat KFC makan. Lapar katanya. Aku suruh datang tengok kedai dulu.


Kedai tu 2 tingkat. Aku ambik tingkat atas dan Kak Sapiah ambil tingkat bawah. Lepas dah setuju kami bayar dulu deposit satu bulan. Kira booking dulu la. Minggu depan baru sign agreement. ( Gambar tidak dapat disertakan kerana masalah teknikal )


Tamu Gadang di UMS

Lepas setel bab sewa kedai tu, kami ke Tamu Gadang di UMS. Tak berapa meriah. Dia buat dekat ngan Dewan Censelor. Dulu buat kat padang besar kat bawah bukit tu. Best gak...

* Mula-mula masuk ke tapak tamu Gadang...

*Hani tak boleh dilepaskan. Nanti hilang budak nih..

*Pok Joe menjadi Water Boy sekejap. Sempat bergaya depat meriam di tempat pameran askar.

* Asyik muker orang lain jer masuk blok aku neh. Aku pun nak posing gak... Klik...!

* Dah pueh ronda2 kami pun good bye lah....

Saturday, September 02, 2006

Aku bahagia...

Aku bahagia bersamamu...
Bahagia semasa disekolah dahulu
Bahagia semasa bercinta dahulu
Bahagia bersama kekasih tercinta

Aku bahagia bersamamu...
Bahagia semasa kita di ijabkabulkan
Bahagia semasa kita disandingkan
Bahagia dimalam pertama kita

Aku bahagia bersamamu...
Bahagia dengan celotehmu
Bahagia dengan tingkahlakumu
Bahagia dengan perangaimu

Aku bahagia bersamamu...
Bahagia kerana membuatku makin menyayangimu
Bahagia kerana membuatku geram dengan perangaimu
Bahagia kerana kaulah segalanya bagiku... Ummi, Hani & Iman.....