Detox Foot Patch

Detox Foot Patch
Dapat segera secara online atau di kedai Warisan2u.Com Enterprise. Harga promosi, hanya RM15.00/pack. Telefon : 012 - 820 0278 / 013 - 865 5684

Monday, September 04, 2006

Hari ni dan semalam...

Aku tak ada idea nak taruk per kat sini ari nih... Dok perah idea... Buka tak ada modal tapi banyak sangat peristiwa yang berlaku semalam... Pergi kerja, buat budget kedai baru, pergi kedai perabot, pergi ambik laptop untuk diservis, pergi ukur kedai baru, pergi taman, kacau pok jue, tengok eksiden tepi highway dekat ngan umah, kacau bini, main ngan anak2, dll...


Pagi tadi bukak blog kawan2. Kacau mana yang nak dikacau. Pastu dok usha camana nak taruk radio.blog kat blog neh. Jap jer dah jadik. Taruk lagu2 yang aku suka. Bestntyer........


Senyuman Iman dipagi hari. Tak henti2 panggil abah. Kalau aku tak cakap "ya", dia tak berhenti.



"ANAK SAPA LA NIH..?" Lepas pegi ukur kedai baru tu, kami pegi makan kat KFC. Masa tengah makan tu aku tengok ada budak dok bawah meja depan kaunter. Tah apa yang dia intai...


Jalan-jalan dengan Pok Joe keliling tasik sambil menyedut udara segar.

Cubaan Pok Joe terjun ke dalam tasik tidal berhasil kerana berjaya dihalang oleh aku. Dia begitu teruja melihat kesegaran air tasik tersebut...

Ops... Aku ada hal nak kuar jap. Nanti sambung balik petang nih....

Ni sambung balik blog aku nih. Tadi draft jer. Tgh ari tadi g jumpa Paulin pasal surat perjanjian sewa kedai. Jumpa dia kat Luyang. Bayar deposit semua sekali. Lepas tu kami ke Pusat Perabot F5 di depan jalan nak masuk ke SMK Mengatal @ SMK Bandaraya. Beli perabot untuk kedai. Kami belanja RM3320 untuk perabot kedai. Kak Sapiah ikut sekali. Yang dia punya kami bayar dulu sebab dia blom dapat duit. Lama jugak kami di sana. Sibuk dok tawar-menawar ngan tokey kedai tu.

Ingat nak pergi bersihkan kedai tapi dah penat sangat. Jam pun dah dekat pukul 5 petang. Kena balik tengok Pok Joe kat kedai plak. Cian dia dok sorang2.

Sunday, September 03, 2006

Peristiwa 02/09/06

Pergi tengok kedai baru

Semalam aku bukak kedai separuh hari saja. Biasalah hari Sabtu dan Ahad. Dalam pukul 2 petang kami ke Indah Permai Mall untuk melihat kedai baru yang akan kami sewa. Aku dah cal owner kedal tu cakap nak tgk kedai hari ni. Kak Sapiah call. Aku suruh dia jalan dulu.


Sampai di sana aku tengok kereta kak Sapiah dah ada di tempat parking. Tapi dia tak kelihatan. Aku terus masuk ke dalam Indah Permai Mall tu dan pergi ke lot kedai yang kami nak sewa tu. Masa aku dok depan kedai tu aku tengok ada awek Cina kat depan kedai dok perhatian aku. Mungkin si Paulin kataku dalam hati. Tapi aku buat tak tahu jer. Kemudian dia datang kepada ku. "Ni Sham ker?" tanya dia. "Ya, saya." kataku. Dia terus bukak kedai tu untuk kami lihat2 dan tengok2 kat dalam tu. Kak Sapiah belum kelihatan. Aku call dia. Dok kat KFC makan. Lapar katanya. Aku suruh datang tengok kedai dulu.


Kedai tu 2 tingkat. Aku ambik tingkat atas dan Kak Sapiah ambil tingkat bawah. Lepas dah setuju kami bayar dulu deposit satu bulan. Kira booking dulu la. Minggu depan baru sign agreement. ( Gambar tidak dapat disertakan kerana masalah teknikal )


Tamu Gadang di UMS

Lepas setel bab sewa kedai tu, kami ke Tamu Gadang di UMS. Tak berapa meriah. Dia buat dekat ngan Dewan Censelor. Dulu buat kat padang besar kat bawah bukit tu. Best gak...

* Mula-mula masuk ke tapak tamu Gadang...

*Hani tak boleh dilepaskan. Nanti hilang budak nih..

*Pok Joe menjadi Water Boy sekejap. Sempat bergaya depat meriam di tempat pameran askar.

* Asyik muker orang lain jer masuk blok aku neh. Aku pun nak posing gak... Klik...!

* Dah pueh ronda2 kami pun good bye lah....

Saturday, September 02, 2006

Aku bahagia...

Aku bahagia bersamamu...
Bahagia semasa disekolah dahulu
Bahagia semasa bercinta dahulu
Bahagia bersama kekasih tercinta

Aku bahagia bersamamu...
Bahagia semasa kita di ijabkabulkan
Bahagia semasa kita disandingkan
Bahagia dimalam pertama kita

Aku bahagia bersamamu...
Bahagia dengan celotehmu
Bahagia dengan tingkahlakumu
Bahagia dengan perangaimu

Aku bahagia bersamamu...
Bahagia kerana membuatku makin menyayangimu
Bahagia kerana membuatku geram dengan perangaimu
Bahagia kerana kaulah segalanya bagiku... Ummi, Hani & Iman.....

Friday, September 01, 2006

Nasik ayam Vs Rojak buah + ABC Tapai...

Sebelum Jumaat aku call bini tanya dia nak balik awal ke tidak. Dia cakap nak balik lepas Jumaat. Oklah, aku ajak Uzair Mohd Kamil @ Icot dan Ahmad Faizul @ Pok Joe ke masjid. Kat masjid aku dok saf ke-2. Ada la sebelah kanan aku golongan veteran 3/4 orang dok borak2. Kat belakang aku plak budak2 mude. Masa tu khatib blom baca khutbah lagi. Meka ni dok asyik borak. Takper la khatib blom baca khutbah lagi kataaku dalam hati. Bila khatib start baca khutbah, golongan veteren kat sebelah aku ni makin rancak berborak. Budak muda 3 orang kat blakang aku pon rancak gak.... Adush... Aku tak brapa dengar dah tok iman cakap apa. Dengat dia cakap bulan Syaaban jer. Tahan sabar jer.... Sekali aku toleh belakang, aku bagi isyarat tangan ( Syssssss.... ) suruh diam. Nampak cam terkejut budak tu. Aku tengok golongan veteren sebelah pun senyap. Mungkin meka perasan tindakan aku tadi. Budak2 kecik kat belakang masjid cam orang giler dok kejar lembu. Menjerit sana-sini. ANAK SAPA LA TU....

Lepas jumaat aku, Icot dan Pok Joe terus ke sekolah ambik bini aku. Kami ke Inanam. Singgah di Restoran Keningau. Tutup plak. Terus ke Karamunsing di KK. Kami ke Refflesia Chicken Hut. Aku order nasi ayam, ABC tapai dan rojak buah.

Pok Joe sedang membelek "bini"nyer sambil diperharikan oleh Icot sementara aku pegi oder nasi ayam.

Habis licin dikerjakan kami berempat. Lapor bebenor..........

Lepas makan, kami ke kedai komputer. Aku nak servey komputer 2nd hand untuk kedai baru. Ada la satu jenama DELL neh. Reger dia lebih kurang RM800++. Boleh la...

Kat luar hujan turun lebat. Kami terus balik. Sampai di kedai, ramai dah bebudak tengah menunggu. Biasa aku bukak pukul 2 ptg lepas jumaat. Aku sampai tadi dah pukul 3.15 petang. Masih ramai yang setia menunggu walau hujan turun lebat. Nak main game punya pasal mereka sabar menunggu dalam hujan sebab depan kedai aku ni bumbung dia pendek saja.

Selamat tinggal Ogos.... Selamat datang September...

Hari ini bermulalah episod baru untuk bulan September. Semoga September ini membawa rezeki yang lebih baik. Semalam adalah kenangan terakhir di bulan Ogos. Tak ada yang best. Aku dan famili serta Ahmad Faizul menutup bulan Ogos dengan menjamu 15 cucuk satey.

Malam semalam aku ke kedai nak hantar 2 biji laptop yang dah siap aku kerjakan. Tunggu kawan aku, Ibrahim Mohd Amin datang ambil. Sambil tu aku dok lepat serve internet. Bukak mana2 blog yang aku nak kacau. Si Ahmad Faizul plak asyik dok layan "bini" baru dia.


Ahmad Faizul sedang melayan Nokia 6600 nya yang baru..


Dalam pukul 8.30 malam baru sampai kawan aku tu. Aku tunjukkan laptop yang dah dibaiki tu. Dah puas hati, so aku pun nak tutup kedai. Aku ajak Ahmad Faizul pegi ronda2 ngan keta. Malas nak balik awal. Terasa nak makan satey plak. So kami pegi beli satey di Anjung Selera.

Brader satey sedang kusyuk mengibas "Satey Kudat" nyer...

Aiseh... naper gambo yg aku upload tak masuk neh? Tak po lah... Nanti edit balik...

Thursday, August 31, 2006

Selamat Menyambut Hari Merdeka.....

Selamat menyambut hari merdeka kepada seluruh warga blog dan juga warga MsjBox. Hari ni aku dok lepak kat umah jer sambil tengok perbarisan kat tv.

Tetiba satu mamat streamyx ni call plak dah. Nak setting streamyx aku katanya. Oklah... Kena g kedai la plak. Tak pe la. Aku pun nak siapkan 2 biji laptop yang kawan aku hantar semalam. Sampai di kedai, mamat streamyx tu dah tunggu aku depan kedai. Dia test aku punya modem ADSL tu. Katanya mungkin modem tu rosak. Mana mungkin sebab aku test kat umah kawan aku ok jer modem tu. Pastu dia test ngan modem dia. Tak boleh gak. Dia dah garu kepala. Mungkin port kat pencawang rosak katanya. Dia pegi setkan balik port tu. So, ok dah aku punya streamyx.

Aku chek meter elektrik nak bayar bill elektrik neh. Mak ai... Dekat RM3oo. Tapi ok la skit. Kurang dari bulan lepas. Lepas tu godek2 laptop 2 bijik tu. Ok sudah tapi yang satu tu speaker dia rosak kot. Aku cucuk headphone ok jer. Ada bunyi. So, masalah dah jumpa. Speaker dia yang rosak.

Ramai budak datang tapi aku cakap aku tak bukak kedai ari ni. Tutup sempena Hari Kemerdekaan. Aku datang ni pun sebab nak setting streamyx jer. Pastu datang plak 3 orang awek U neh... Nak guna internet jap. Adeh..deh... Cian plak kat depa nih sebab jalan jauh. Aku bagi la kejap.

Wednesday, August 30, 2006

Makan cekodok buah terap

Inilah dia video Ahmad Faizul Bin Rosli sedang makan "je'put" buah terap.

Dikir Muzik Munirah - Pacat

Ni kawe nok test jap. Ok ko tok ok. Dia keno tunggu semeta la. Mungkin lambak sikik dia tubek. Dok setting saiz dio. Kawe ni jenih hok tok reti bab2 kod HTML ngan ko Jawo nih. Bahaso Jawo tahu la skit2 hok saing kawe ajar. Rato-riti dok cari dikir Munirah nih. Jupo satu ni jah. Kawe aplod daley YouTube getek. Video dio adok kawe boh tepi bowoh MsjBox tuh di bahagian Video Pilihan.

Kalu hok mano2 tok pehey bahaso kawe ni, harap maah la. Demo keno g ngaji bahaso klatey jugok la. Jange dok haghak oghe klatey jah dok ngaji bahaso demo tuh.

Patut la...Tapi... Eeee geramnyer........

Aku hapdet ( pinjam perkataan dari Nyetok) balik blog aku neh. Semalam aku setkan dia punya font. Aku tengopk kat PC aku ok jer. Hari ni tah camana jadi kecik huruf tu. Patut la Nyetok kata kecik sangat tulisan tu. Ok dah...

Ni dok blajak nak buat templet nak design blog neh. Nak buat yang aku punya. Camana yer? Dok godek2 nama yang patut. Nak mintak tolong sapa neh...? Adush....

Pagi ni tak tahu kenapa aku rasa cepat marah sangat. Bebudak neh bukan nak pegi sekolah. Ingat masuk kedai aku neh nak main game aje ker? Kalau korang bayar spoloh hengget skali main tanper. Ini takat 50 sen jer. Main 10 menek dah habis. Pastu dok kutuk kawan sebelah sebab tak pandai main. Ingat dia tu pandai sangat. Hoi... Aku lebih pandai dari korang la.... Jangan dok berlagak... Kalau korang tu blom akil baligh, jangan dok kata kawan korang tu BODOH sebab korang pun BODOH sama. Dah berapa kali aku bagi tau kalau nak masuk kedai aku jangan cakap sembarangan. Aku memang pantang bebudak cakap mencarut neh. Minggu lepas aku dah hempuk sekor beruk neh. 3 kali aku cakap jaga mulut tu. Banyak kali dok cakap p*nt*t, pu*i, bodoh, sial kat kawan dia. Aku kat belakang dia dok sound dia buak dek jer. Sekali belakang tangan aku terbang ke belakang kepalo dia. Terkejut beruk dia... Baru sedar. Tadi tak sedar dia dok mencarut tah apa2. Ngaji sekolah dah ler bodoh. Datang kedai orang nak perbodohkan orang lain plak.

Khas buat Nyetok...


Maso kawe dok serve internet tadi, adok la kawe jupo bendo pelik. Bagi kawe pelik la tapi kalu Nyetok kawe dok tahu la... Kawe raso kalu Nyetok keno lagu neh, baghu nyetok betol. Dok gitu Nyetok? Demo buleh celeng dio ko?

Hampesss tul....

Kawan aku singgah kedai aku semalam hantar satu laptop Acer Aspire 5040 mintak aku setup balik Windows XP SP2. So, aku check dulu laptop tu. Tuan punya laptop tu dah setup tapi tak abih. Aku kena format dan install balik Windows Xp dia tu. Dah abih install windows tu aku nak setting driver dia. Sekali aku selongkar beg laptop tu. Mana dia punya cd driver neh...? Ilang pulak ker. Atau dia tak kasi sekali? Adush....

Pagi ni aku sambung godek laptop semalam. Install antivirus AVG dan install MS-Ofice 2003. Pastu aku carik driver laptop u kat tenet. Jumpa tapi lambat skit la nak donlod. Ingat nak call kawan aku tu. Tetiba je dia muncul dari belakang. Aku cakap driver hardware dia tak ada. Dia kata ada meh... Terus dia selongkar beg laptop tu. Ada neh... Aik? Hampesss... Camana plak aku boleh miss satu ruangan kat dalam beg tu? Ke dia buat magik? Buang masa je aku donlod driver tu kat tenet. Ok, stop balik donlod tu. Sambung install mana2 yang patut.


Hampessss..... Memang hampess.....

Merdeka...! Merdeka...! Merdeka...!

Selamat menyambut hari kemerdekaan ke-49. Esok kedai aku tutup separuh hari kot? Tengok la dulu. Kalu rajin aku bukak petang jer sebab pagi2 budak2 nak g tengok perbarisan di KK. Aku tengok perbarisan dlm TV di rumah je la. Lepak ngan anak bini lagi best.

Pagi ni aku nak setting avatar aku sket. Nak taruk gambar mana neh...

Tuesday, August 29, 2006

Pak Cik Kayo...Pak Cik Kayo...

Pagi tadi pegi bank tengok duit. Fuyoooo... Pakcik kayo.... Pakcik kayo.... Banyknyer duit dalam bank.... Memang ler banyak tapi duit orang... Heh...heh... heh... Tengahari g bank ngan bini. Keluarkan duit 10K. Pastu gi bayar duit ayak liuk kat telekom. Abis 1K lebih. Tu duit ayak liuk orang lain tapi bini aku gak kena bayak. Hampeh tul... Pestu kami g bayak kad hutang 3lima. Kad kredit la tu. Check baki dia dulu. Adush.... Kami dah belanjakan lebih dari 6K. Dah over limit. Oklah... nak idup... Kami setelkan terus. Kasik bayak habih.

Pastu kami ke Wisma Merdeka. Nak beli henpon untuk Ahmad Faizul Bin Rosli. Dah lama dia mengidam nak henpon yang ada kamere dan memori kad. Aku pegi kat kedai yang aku beli henpon Nokia 6630 aku dulu. Tengok Nokia 6600 tu rega dia letak RM699. Aku tawar la skit kat awek tu. Dia kata "sulah ala less maaa.. Itu plomosen punya..." Haiya amoi aaa... wa sulah beli 2 henpon sini ma... Takkan talak boleh kulang mey... Sekali amoi tu kasik Rm690. Aku mintak kurang lagi. Pastu dia call boss dia. Cong cang cong cang..cong ceng cong ceng.... dalam bahasa cina dia tu... pastu dia kata RM680. Itu saja boleh kasik. Aku kata oklah. Lu kasi tapau ini henpon. Wa bayar cash.

On da way balik singgah kedai mamak beli nasik untuk Ahmad Faizul Rosli. Tadi terlupa belik nasik untuk dia. Sampai di kedai aku, singgah dulu hantar nasik dan henpon si Ahmad Faizul neh. Kemudian terus balik hantar bini aku kerumah. Sampai umah, kira balik duit baki daripada 10K tadi. Ada balance 2K setengah lagi. Esok nak g setelkan pembayaran kerusi umah aku yang kami beli di "gelanggang gajah". Ada baki 1K lebih lagi. Tak pa lah janji aku dah tadak hutang banyak tempat. Lepas ni bayak utang kat satu tempat jer.

Malam ni pakcik dah tak kayo dah.......

Mawi Vs. Ina

Sham rasa semalam ramai yang menonton racangan Ina dan Mawi daripada menonton majlis persandingan Datin Siti Nurhaliza. Dan undian menunjukkan hampir kesemua penonton mahu Mawi dan Ina bersemuka bertentang mata.

Pada mulanya Sham dengar kat radio jer sebab baru balik dari tempat kerja. Ingat nak terus balik kerumah. Minyak kereta dah nak habis pulak. Taku tak sempat sampai kerumah, sham terus ke stesen minyak di Likas dengan staff Sham tu, Ahmad Faizul Bin Rosli. Dalam perjalanan tu kami dengar Ina bercerita pasal kisah cinta dia dengan Mawi dulu. Suka dengar cerita percintaan Ina dan Mawi tapi geram bila Mawi buat Ina cam tu. Memang tak patut.

Sedih dengar bila Ina citer yang dia dihalang masuk oleh orang yang terdekat dengan Mawi semasa nak masuk stadium semasa konsert akhir AF3 dulu. Kenapa Ina dilayan begitu? Pertama kali dengar Ina bercakap semalam lemah-lembut, menunjukkan dia perempuan tulen. Tidak seperti Mawi si jantan ego. Ada ke patut semasa Ina sedang bercerita / bercakap dia boleh tersenyum dan buat dek jer. Nampak muker cam sial jer. Sham mula dah benci tengok Mawi. Kau memang ego Mawi... Kau memang ego...

Apa pun Mawi ada alasan dia sendiri untuk diam.... Lantak ko la Mawi. Tapi ko tahu Mawi? Aku dah mula benci dengar suara kau di radio.... Aku benci jantan macam ko neh....

Lagu "Kisah Cinta" dibawah ini Sham tujukan khas buat Ina...

Ini sebuah kisah cinta
Dari sekuntum bunga sekeping hati
Dua jiwa dalam hayalan
Berat rasa untuk berpisah
Dua dunia satu mimpi
Satu cita dalam satu hati
Terjerat dalam permainan hidup
Terkandas dalam cinta terhalang
Mengapa dunia
Kejam pada mereka yang bercinta
Mengapa bercinta
Harus ada saja perpisahan
Kisah cinta berakhir
Dengan penuhharapan
Kisah cinta berakhir
Dengan penuh ratapanKisah cinta...

Tua Mengejar Kita...

Ingatkah semua
Hari tua pasti menjelma
Detik waktu yang laju
Pantasnya tak akan menunggu

Begitu usia
Makin hari makin meninggi
Siang malam berganti
Yang pergi tak berulang sekali lagi

Begitu cepat putaran masa
Terkadang tanpa pun kita sedar
Siapa yang lebih bersedia
Dialah yang selesa

Tua mengejar
Pasti tiba masanya
Kau merasa
Hidup tak segagah
Waktu remaja
Di mana tenaga
Menyala-nyala
Di hari tua
Makin terpadam semua

Tua mengejar di mana kau berada
Tak berbeza semua kan merasa
Itu hakikat tak bisa hindari
Walau seinci bersihkan diri
Sebelum terlewat nanti

Hey kawan semua
Aku cuma memberi pesan
Andai cukup bekalan
Tak mungkin kita kehausan

Usahlah menunggu
Uban memutih di rambutmu
Cepat-cepat berilmu
Semoga tak menuju di jalan buntu