Detox Foot Patch

Detox Foot Patch
Dapat segera secara online atau di kedai Warisan2u.Com Enterprise. Harga promosi, hanya RM15.00/pack. Telefon : 012 - 820 0278 / 013 - 865 5684

Sunday, August 27, 2006

Kedai aku, WarisanDotCom...

Ni kedai aku masa memula nak pacak tiang. Jenuh gak menunggu tukang kayu ni dok betulkan tiang tu. Maklumlah pomen keta jadi tukang kayu. Nak bayar tukang kayu betul mahal plak. Nak upah mat indon dan filipin pun meka dah pandai letak harga. mangkuk hayun betul la mat indon neh. Dah la datang negara orang. Pandai plak nak letak harga. Ni sebab orang tempatan tak mo la ni.
Tada......... Tu dia kedai aku dah siap. Sekarang ni aku dok cari tempat nak bukak cawangan baru. Khusus untuk baiki dan jual komputer serta komponen jer. Minggu depan dijangkakan dapat duit peruntukkan dari Bank Rakyat.

Pipy si minah senget...

Ini la si minah senget, Pipy yang selalu dok lepak kat kedai aku nih. Nama betul si Pipy ni Salmah Asniza Binti Jan. Panggilan manja dia tu Pipy. Budak ni baru akil baligh. Baru tingkatan 3. Baru nak ambik PMR ( Penilaian Minah Rempit ). Tapi dia tak ler minah rempit. Naik motor pun tungang-langgang. Dulu dia penah pancitkan motor aku. Mana dia redah motor aku tu tak tau la. Nak belajar bawak motor konon.

Tapi yang best tu dia ada adik yang cun. Nama dia Rezah. Si Faizul Bin Rosli suka la dok nyakat budak tu. Tapi yang nyata budak tu yang kerjakan dia. Budak2 katakan. Adik dia baru kenal dunia. Baru masuk umok 13 tawun. Mana gambar adik si Pipy neh? Aiseh... Susah betul la nak tangkap gambo dia neh.

Streamyx lagi...

Adush.... apo la streamyx aku nih...? Dari petang khamis lepas tak boleh online. Tipon aku dah ok, streamyx tak boleh plak.... Tadi call lagi dia punya kastemer care. Minggu lepas dah 2 kali aku call. Ni pakai line tipon kawan sebelah umah. Boleh la online tapi kena tarik kabel panjang skit.

Thursday, August 24, 2006

Apasal mata aku nih...

Apasal kelopak mata kanan sebelah bawah aku ni selalu dok bergerak-gerak. Dari semalam lagi. Kekadang tu mengganggu aku plak. Aku baca bab alamat pergerakan tubuh.

Kelopak mata kanan bergerak - beroleh keamanan.
Kelopak mata kiri bergerak - melihat perempuan
Kelopak mata kiri bergerak dari atas - ada org akan berjalan jauh.
Kelopak mata kiri dibawah bergerak - hendak menangis
Ekor mata kanan bergerak - menerima kedatangan orang jauh.
Ekor mata kiri bergerak-gerak - mendapat sedikit kepayahan.
Biji mata kanan bergerak-gerak - akan menangis dalam bercinta
Biji mata kiri bergerak-gerak - gembira dihati
Umbun bergerak - berbahagia pada hari tersebut
Kening kiri bergerak-gerak - beroleh kelapangan
Bibir bawah bergerak - akan menangis.
Waktu subuh kepala kita bergerak - beroleh kerja yang baik.
Siku kanan bergerak-gerak - beroleh kebahagiaan.
Siku kiri bergerak-gerak - org yg mengasihi kita akan datang
Pelipis telinga bergerak - alami kebahagiaan.
Telinga bergerak - akan berkelahi.
Kepala bergerak - ada orang menyakiti hati kita.
Kepala bergerak ke kiri - beroleh kebesaran.
Bahu kanan bergerak-gerak - harta hendak datang.
Bahu kiri bergerah-gerak - bakal berjumpa pembesar/ketua.
Lengan kanan bergerak-gerak - akan sakit kepala.
Lengan kiri bergerak-gerak - beroleh harta.
Pipi kanan bergerak-gerak - alamat sakit mata.
Pipi kiri bergerak-gerak - sentiasa bahagia.
p/s - baca boleh, percaya jangan

Tapi mana pulak alamat kelopak mata kanan bawah bergerak nih? Tak ada maksud apa2 ker? Tangan aku plak gatal dua2. Orang kata kalau gatal tangan kanan nak dapat duit. Tapi aku tangan kira dan kanan gatal. Nak dapat duit dan nak keluar duit la tu kot? Apa2 pun kita wait and see....

Wednesday, August 23, 2006

Tipon oh tipon... naper ko...

Naper la tipon aku nih....? Angkat jer senyap jer. Takkan baru pasang dah rosak. Nak kata tak ada line, tenet boleh pakai plak. TELEKOM.... apo ko dah buek ngan talian tipon aku neh...? Aku nak tipon kastemerr pun tak bleh neh... Ingat aku masukkan tipon kat kedai ni nak senangkan keja haku. Ko lagi nak nyusahkan aku yer...? Takpa... Sabar itu separuh daripada iman.... Kita call dulu TELEKOM tanya dia apa masalah nyer...

Ngantuknyer........

Hari ni pepagi lagi kena bukak kedai. Kastemer aku pepagi lagi dah call tanya pasal bahan-bahan yang dia mintak aku cari dalam internet semalam. Nak cepat tapi datang lewat. Ini la manusia. Nak jadi cikgu tapi awal2 lagi dah tunjuk contoh tak elok. Lepas ni bila dah masuk sekolah betul2, lewat plak masuk kelas.

Tu dia kedai saya. Budak2 kat sini biasa panggil "rumah hijau". Baiki komputer, fotostat, alatulis, makanan ringan, eskrim, coklat @ gula2 semua ada. Tapi ni cuti sekolah. Budak2 kureng la. Income pun kureng. Apapun perniagaan tetap diteruskan walau masuk RM1 sehari.

Tuesday, August 22, 2006

Si mata bulat...

Orang kata masa bini kita ngandung, laki kena pantang. Pantang dalam erti kata nak buat apa-apa kena ingat yang bini kita tu tengah ngandung. Nanti keluar anak yang tak elok plak. Tu kalau buat menda yang tak elok la. Kalau buat menda elok, keluar anak elok la.

Ni citer pasal anak aku. Masa bini aku ngandung dulu aku suka tengok citer kartun Dragon Ball dan Sailor Moon. Bila bini aku bersalin dapat anak mata bulat cam katun jepun. Tengok la gambar kat sebelah ni... Sekarang ni dah 2 tahun lebih. Mulutnyer kekadang tu tak henti2 bercakap. Seronok jugak sebab balik keja saja anak sambut. Terus tanya "Abah nak inum? Nak akan acik? Kaki kakak akit. Liya wak." Selalu ngadu kat aku kalau servant aku buat tak senonoh kat dia.

Anak jantan aku plak ni pagi2 lagi kalau dia bangun mesti dia panggil "Abah...Abah...Abah..." Mulut tu tak henti2 bercakap tah apa2 tah. Bahasa budak2. Kalau aku tido dia suka dok atas perut aku. Lepas tu tepuk perut abah dia yang boroi tu. Sakit wo...... Dia punya tepuk bukan slow2.

Datuk K & "City" Bank...

Pagi ni kawan aku call suruh datang kedai dia. Ada PC yang nak dibaiki. Laptop semalam pun baru separuh siap. Aku terus ke kedai dia lepas hantar bini aku ke sekolah.
Sambil dok godek PC kat kedai mamber aku tu, dia cakap la ada terima SMS tah dari sapa. Cerita Datuk K katanya. Dalam SMS tu tulis ;

Datuk K telah memindahkan sebahagian besar "money"nya ke dalam "City" bank malam semalam.
Hai... Baru nikah siang, malamnya terus pindah "money" dia ke "city" bank. Betul ker? Dulu dia pakai bank mana?

Monday, August 21, 2006

Palo butuh punya budok...

Budak-budak sekarang ni memang tak boleh caya 100%. Nampak je muka baik tapi.... Ni aku bukan nak ngutuk tapi kenyataan. Semalam kawan aku call suruh tgk satu laptop budah U nih. Budak tu dah tahun 2. Punyalah lembab laptop dia. Bila aku check, mak ai sampai 3 anti virus dia pakai. Patutlah komputer dia lembab gile bila loading. Dan satu lagi bila check fail temperary dia nih. Penuh ngan fail internet. Kawan aku cakap ni mesta fail 18SX yang banyak nih. Seklai tengok, firdt folder tu ada satu gambar kawan dia. Tengok folder kedua, aduh sakit jantung aku dibuatnyer. Semua gaya ada. Adush...dush....dush... Cinabeng punya budak.
Hari ni budak tu datang ambil laptop dia. Kami tanyalah sapa yang pakai laptop tu. Dia kata dia buat taip assigment jer. Pakwe dia yang selalu pakai untuk internet. Kepalo butuh punya pak we. Pakai laptop awek untuk layari menda tak senonoh... Tah-tah makwe dia pun layan sama... Semalam datang kedai kami pun cam tak mandi. Ari ni datang cam ustazah plak. Macam-macam hal budak nih..

Siti oh Siti....

Siti oh Siti...
Aduhai Siti...
Kau dah di ijab kabulkan Siti...
Maka meranalah seluruh bujang teruna di Malaysia ini...
Tak kurang juga bagi Datuk yang nak tambah bini...
Tapi yang pasti Datuk K tetap tersenyum lebar kerana malam ini....
Malam ini Siti...

Siti oh Siti...
Betapa orang mempersendamu kerana menikahi Datuk K...
Tak kurang juga dengan aku Siti...
Aku tak suka kau nikah ngan Datuk K...
Tapi apa nak buat...
Coklat Datuk K lebih kau sukai...
Yang pasti,
Malam ini bukan lagi coklat yang kau dapat
Coklat kau dah bertukar kepada lolipop...
Yang nyata, lolipop itu adalah lebihan orang...

Saturday, August 19, 2006

Wajah Rahsia Hati...

Bila aku dengar lagu ni teringat pulak zaman remaja dulu-dulu masa di UTM Skudai. Sekarang ni umor dah 30 tahun lebih. Anak dah 2 orang. Bini baru sorang. Kenangan zaman remaja sungguh indah. Kenangan yang indah tu memang best la tapi yang tak indah tu sakit untuk di ingati.


Dalam kehidupan ini
Yang terindah
Melalui usia remaja
Senda gurau suka duka
Sering berganti
Meninggalkan kesan abadi
( korus )
Oh berdebar-debar hati nya
Kali pertama bertentang mata
Inilah pengalaman
Harus ditempuhi tiap insan
Kenakalan atau kesungguhan
Sukar mencari perbezaan
Betapa kau cuba melindungi
Jelas di wajah rahsia hati

Marang merapu kepundeng parang sekeper...

Faizul Bin Rosli. Ni la satu-satunyer staff aku kat kedai. Kalau tak ada dia, susah aku. Time aku nak pegi tandas, nak keluar cari barang, jumpa klien atau pergi servis komputer kat luar, dia la jadi "jaga" kat kedai nih.

Faizul Bin Rosli ni sepupu bini aku anak mak sedara dia adik kepada mak dia. Dah 3 bulan lebih keja ngan aku. Orangnyer pemalu. Tapi malu-malu rimau.

Actually aku tak ada idea nak menulis pagi nih. Dok perah otak yang semakin "kuning" ni untuk dapatkan idea nak taip apa kat sini. Sekolah dah start cuti dah. So, kuranglah budak sekolah yang masuk kedai aku. Bila kurang budak masuk, income aku pun kurang jugak. Dok pikiak camana nak buat promosi supaya ramai orang datang kedai aku. Bukan takat datang jer tapi beli barang atau sewa komputer kat kedai aku nih.

Friday, August 18, 2006

Pok tok ajar, mok tok ajar...

Pok tok ajar, mok tok ajar.... Pahtu sapo ajar? Pandai sedighi? Baso jenih tok make samey. Mok sughoh g sejid semaye jumaak, dio g blakey sejik isak ghokok... Sapo ajar dio bunuh diri tu? Kalu isak ghokok tu sedak macey makey nasik ule ngan budu tak po jugok. Ni dok, isak asap jah. Pahtu wak tubek pulok. Hok lekak daley tubuh tu dio tok napok.... Kalu buleh ko aku tadi, ado la hok makey nasik kok ghoya di spital.
Dio ingat oghe tok napok dio dok telenggok isak natey tuh. Pahtu nampok aku jaley koho dekak baghu cepak2 nok gi nusuk. Woi beghok.... Mung toksoh nusuk la... Aku napok doh... Kalu ghaso debey sangak gak, maghi la isak depey aku. Takuk sangak ko muko aku nih....

Anak-anakku yang cute dan comel...

Nur Hani Maisarah. Cute dan comel sekali. Kalau bawak pegi jalan-jalan mesti ada yang geram dengan dia. Sekarang umur dia dah 2 tahun lebih.

Hari-hari kena layan dia bercakap. Semalam masa nak tido dia asyik dok bercakap itu ini dengan bahasanyer yang tersendiri dimana aku tak berapa paham apa yang dia tuturkan. Rasanyer segala yang berlaku satu hari tu dia nak ceritakan kat aku. Al-maklumlah bapaknyer kerja macam tak ingat ada anak bin iyang menanti kepulangan kat rumah. Keluar pukul 6.30 pagi balik pukul 10.00 malam. Kalau anak2 tak tido lagi sempatla layan kejap.

Ahmad Iman. Anak yang kedua. Aku selalu panggil dia hansome boy... Cute betul.. Aku bersyukur sebab dikurniakan anak-anak yang comel-comel. Masa kecik dulu Iman kena Hernia. Awal tahun dia kena operate. Cian betul. Kecil2 dah terpaksa menderita. Aku tak tahu apakah dosaku sehingga anakku terseksa begitu. Tapi sekarang Iman dah ok. Iman dah boleh berjalan. Umo dia dah masuk 1 tahun 2 bulan. Umo dia cukup 1 tahun dia boleh berjalan. Seronok tengok dia berjalan.

Talian telefon baru...

Ni telefon baru kat opis. Baru masuk semalam. Terima kasih kepada TELEKOM dan kontraktor yang pasang telipon nih sebab cepat menguruskan proses pemasangannya di opis aku.

Hari ni nak pegi TM Point lagi sebab nak tukar nombor streamyx aku nih. Nak transfer dari rumah ke opis aku nih. Sekarang ni kat rumah tak pakai sangat streamyx nih.

5684 ?

Aku tak tahu la ada apa dengan 5684 nih tapi aku suka nombor nih. Bermula dari motor yang aku beli bernombor WGM 5684 seterusnya kereta aku pulak bermombor SAA 5684 F dan terus turun pulak ke nombor talipon umah 088-38 5684 kemudian terbaru nombor talipon kedai/opis aku 088-43 5684. Orang kata kalau nom bor 4 kat belakang tu, mati. Mata apa plak? Lantak kroang la nak kata apa. Yang aku tahu nombor 4 tu baik dalam Islam. Aku kalau bab-bab menda tahyul ni susah nak percaya sket.