Sent from my Samsung Galaxy Tab
It's My Life....
Sebuah catatan ringkas ar-rijal...
Detox Foot Patch
Wednesday, July 18, 2012
Sahabat FB yg dah setahun lebih berhubung tapi baru dapat ketemu...
Sent from my Samsung Galaxy Tab
Monday, December 26, 2011
TERSALAH MEMBUNUH, RELA DIHUKUM, SUDI MEMAAFKAN
Saya petik suatu kisah yang berlaku di zaman Sahabat semasa pemerintahan Sayidina Umar Ibnu Khattab; buat menunjukkan suasana hati manusia-manusia waktu itu danbentuk kehidupan yang telah mereka lalui. Seorang pemuda bernama Hassan keluar dari kampung nya dengan menunggang seekor unta untuk membuat satu perjalanan yang jauh. Setelah lama menunggang, dia keletihan lalu turun dari untanya dan bersandar di sebatang pokok lalu tertidur. Setelah sedar dari tidurnya didapati untanya tidak ada. Hassan lalu terburu-buru mencari untanya itu. Dalam keadaan cemas dan bimbang itu, Hassan terjumpa untanya, tetapi telah mati. Alangkah hairan dan marahnya Hassan. “Pakcik yang membunuhnya,” kata seorang tua yang ada di sisi bangkai unta itu, “Tetapi bukan sengaja,” sambung orang tua itu lagi. “Ketika unta ini memakan tanaman pakcik, pakcik lontar dengan batu kecil. Kena betul-betul dikepalanya. Lepas itu ia berpusing-pusing dan jatuh lalu mati.” Orang tua itu bercerita menerangkan kejadian yang sebenamya. Hassan dalam keadaan bingung kerana terkejut dari tidur dengan tiba-tiba mencabut pedangnya dan dihayun ke arah orang tua itu dan terpenggallah leher dari badan. Hassan seakan-akan baru bermimpi tersedar dari kejadian itu dan menyesal yang amat sangat. Hassan lalu mencari keluarga si mati dan menceritakan segala-galanya. Dua orang anak lelaki kepada orang tua itu terus membawa Hassan kepada Amirul Mukminin hari itu juga. Dan Hassan pun dihadapkan ke mahkamah pengadilan. Amirul Mukminin sendiri yang menjadi hakimnya. Dengan dihadiri oleh beberapa orang Sahabat, perbicaraan pun dijalankan. Sayidina Umar selaku hakim setelah mendengar pengakuan Hassan sendiri, telah menjatuhkan hukuman bunuh ke atas Hassan. Mendengar itu Hassan berkata:“Demi Allah, saya lebih sanggup dibunuh di dunia daripada mendapat hukuman Neraka di Akhirat. Tapi, wahai Amirul Mukminin, saya minta ditangguhkan hukuman itu dalam beberapa hari kerana saya mohon untuk memberitahu ibu bapa saya, anak isteri dan saudara-mara tentang perkara ini. Mereka semua belum tahu dan kerana jauhnya dari sini,tentu mereka tak akan tahu kalau saya tidak memberitahunya.” Sayidina Umar kerana tegas dan adilnya menjawab, “Tidak! Tiada jaminan bahawa engkau datang lagi untuk menjalani hukuman ini.” Hassan merayu lagi, “Kasihanilah saya tuan hakim. Semua orang yang mengasihi saya sedang menunggu kepulangan saya. Mereka tentu tertanya-tanya kalau saya tidakpulang memberitahu tentang perkara ini.” Sekali lagi Sayidina Umar menunjukkan ketegasan dan keadilannya, “Tidak,” katanya. Kali ketiga Hassan merayu, tiba-tiba salah seorang Sahabat bangun dan berkata, “Sekalipun saya tidak kenal saudara Hassan, namun atas nama Sahabat Rasulullah, saya minta tuan hakim memperkenankan permohonan Hassan. Jika sekiranya Hassan tidak datang pada hari akan dijatuhkan hukuman, maka biarlah saya yang dihukum.” Dengan jaminan yang diberikan oleh Sahabat itu (Abu Zar), Sayidina Umar pun membenarkan hukuman itu ditangguhkan. Dan Hassan pun dibenarkan pulang setelah menentukan tarikh akan datang. Sesampai di rumah, Hassan terus memberitahu keluarga nya tentang apa yang berlaku dan berkata, “Biar saya jalani hukuman di dunia dari hukuman di Akhirat.” Menangislah ibu bapa dan anak isterinya. Tetapi Hassan tidak lemah semangat terus dipacunya kuda menuju ke tempat pengadilan. Dia lebih takut dan cinta pada Allah daripada anak isteri. Dia lebih cintakan Akhirat daripada dunia.. Di pertengahan jalan tiba-tiba tali pacu kudanya putus. Hassan cemas kalau-kalau dengan itu dia terlewat sampai. Bagaimanapun dengan susah payah, Hassan dapat membetulkan tali kekang kudanya dan akhirnya dapat meneruskan perjalanannya. Tetapi sudah lewat. Di padang tempat hukuman hendak dijalankan kerana kelewatan Hassan semua yang menanti sangat cemas. Mereka cemaskan Abu Zar yang terpaksa menggantikan tempat Hassan. Dalam suasana kecemasan yang memuncak, tiba-tiba berbalam-balam di kejauhan semua yang hadir nampak kuda pacuan berlari kencang menuju ke tempat itu. Setelah yakin Hassan yang datang mereka bertakbir: “Allahu Akbar! Allahu Akbar!” Suasana tiba-tiba bertukar menjadi sedih dan terharu. Betapa jujumya anak muda Hassan memegang janjinya sekalipun nyawanya akan melayang. Sebaik sahaja turun dari kudanya, Hassan menghadap tuan hakim dan berkata, “Demi Allah, saya tidak berniat untuk menempah kelewatan ini. Tali kuda saya putus di tengah padang pasir. Puas saya usahakan mencari tali untuk menyambungnya. Alhamdulillah, saya dapat dan selamat tiba ke sini, tuan hakim.” Kemudian katanya lagi, “Sebelum saya dibunuh, izinkan saya bersembahyang dua rakaat.” Sayidina Umar pun membenarkan. Dalam doa akhimya, Hassan berdoa: “Ya Allah, ampunkan keterlanjuranku di dunia dan di Akhirat.” Selesai berdoa, Hassan pun menghadap menyerahkan dirinya untuk menjalani hukuman bunuh. Tetapi, pada saat yang genting itu tiba-tiba kedua beradik anak si mati menghadap tuan hakim dan berkata: “Kami telah menyaksikan kejujuran dan keikhlasan saudara Hassan dan telah kami saksikan juga keberanian dan kasih sayang saudara Abu Zar. Juga telah kami saksikan ketegasan dan keadilan Amirul Mukminin menjalankan hukuman Tuhan. Hasilnya, kami memperolehi kekuatan untuk meredhakan kematian ayah kami dengan memaafkan saudara kami Hassan. Lepaskanlah saudara Hassan daripada hukuman, wahai Amirul Mukminin.” Mendengar itu sekali lagi padang itu bergema dengan laungan: ‘Allahu Akbar! Allahu Akbar!” Mereka semua bersyukur kerana terampunnya seorang saudara mereka dari hukuman di dunia dan di Akhirat. InsyaAllah. Banyak yang dapat kita pelajari dari peristiwa bersejarah itu. 1. Dari seorang tua yang berani mengaku salah hingga menemui kematian.2. Kemudian Hassan yang lebih berani mengakui kesalahannya dan menyerahkan diri untuk dibunuh.3. Kemudian Abu Zar yang berjiwa “sahabat” dan sanggup mati kerananya.4. Tuan hakim yang tegas dan adil.5. Akhir sekali dua beradik yang berhati mulia merela dan memaafkan pembunuh ayah mereka. Dengan hati yang beriman dan berkasih sayang manusia di zaman Sahabat telah menempa satu sejarah yang agung. Dan dengan hati-hati yang beriman, mereka telah berjaya mengangkat Islam setinggi-tingginya sesuai sebagai sifatnya. Dengan itu mereka bukan sahaja telah menguasai dunia, tetapi sedang menikmati di Alam Barzakh dan akan Allah anugerahkan Syurga. Itulah nasib orang yang bernama mukmin yang sebenar. Sekarang Allah takdirkan giliran kita untuk menentukan nasib dan maruah diri. Inilah hasil mereka yang dididik dengan Iman. Mereka kenal Allah, mereka cinta Allah lebih dari segalanya, hatta nyawa mereka sendiri. Mereka yang sudah kenal Allah, pastinya mereka mudah menerima hukum-hukum Allah.
Semoga peluang ini kita gunakan sebaik-baiknya untuk menurut jejak langkah mereka yang mulia lagi diredhai untuk turut menikmati kejayaan dan kenikmatan yang telah dan sedang mereka kecapi.
محمد فضلي بن يوسف
03 Mei 2010
Silakan tag@share(Jika ingin kongsikan di blog, atau di copy paste ke nota anda, sila nyatakan nama saya dan buat pautan ke FB saya, agar saya mudah menjawab segala persoalan yang timbul dari artikel ini.
Link terus ke FB saya: http://facebook.com/mfadli11 atau ke note ini, http://www.facebook.com/note.php?note_id=419656311718)
Saya sudah membuat nota Cara Membina Link dan Share Nota , harap dapat membantu untuk share nota-nota saya untuk diri sendiri dan kawan-kawan.
Berumrah bersama kami - Bimbingan dan tarbiyah sepanjang jalan. Rabbani Travel & Tours Sdn Bhd, hubungi saya 012-4962812, Mohd Fadli Yusof.
Sumbangan dialu-alukan sebagai saham akhirat untuk operasi dakwah di pedalaman Sabah. Keperluan untuk perjalanan pendakwah dan kebajikan mualaf antara yang amat diperlukan. Jika anda bermurah hati untuk menderma atau zakat, bolehlah masukkan ke akaun saya,
164427309874 Mohd Fadli Yusof, Maybank.
14290000431202 Mohd Fadli Yusof, CIMB.
14014020737552 Mohd Fadli Yusof, Bank Islam.
email mfadli11@yahoo.com Kalau sudah masukkan sumbangan, tolong nyatakan jumlahnya dan bila masa dimasukkan.
Saturday, December 17, 2011
Subhanallah. . .
Maha Suci Allah. . Allah maha mengetahui, Allah maha pemurah, Allah maha pengampun. Sesungguhnya kita hanya merancang, Allah yg menentukan segalanya.
Aku tahu, walaupun aku berdoa minta itu ini dengan Allah, tapi Allah maha mengetahui bila doa aku akan diperkenankan.
Wednesday, September 14, 2011
Ramadhan ke-8
Alhamdulillah, dah masuk hari ke-8 kita berpuasa. Semoga kita semua tabah menghadapi dugaan dan cabaran.
Tuesday, August 23, 2011
Lailatul Qadar
Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
(Melayu)
via iQuran
Sent from Samsung tablet
Monday, July 25, 2011
Bodoh + bahlol = bangang ker @ bangang la ?
Dalam Al-Quran pun dah ada diterangkan pasal kezaliman pemerintah ni tapi ikut jugak yang zalim tuh. Semua kerana duit. Dalam Al-Quran tu dah ada pasal undang2 zina nih tapi nak ikut jugak undang2 zalim buatan manusia tuh. Bahlol!!!!!!!!!....
Kalau undang2 buatan manusia pun dia boleh buat dek jer sebab dia ada kuasa, undang2 Allah swt ni apa la sangat bagi dia.... Dia boleh hina lagi udang2 Allah nih..... Sah dah BANGANG!!!!!!!!!...
Monday, July 18, 2011
Perkara halal tapi sangat dibenci oleh Allah
Cerai. Jatuh talak. Ya, itu la hal yang halal tapi dibenci oleh Allah swt. Talak ada 3. Boleh kasi satu satu atau terus 3 sekali. Orang yang paling bangang la atas dunia ni yang bagi talak 3 terus. Memang bodoh bangang dan bahlol.
Kalau dah bengang sangat ngan bini, nak bercerai sangat, kasi satu la dulu. Kalau dah reda kemarahan, rasa nak rujuk balik, anytime boleh. Kalau dah tiga terus, memang susah la nak rujuk balik.
P/s : baru jer terjadi kat anak saudara aku tempohari. Bangang punya laki dia. Ini la kalau pegangang agama tak kuat.
Sent from Samsung tablet
Friday, July 15, 2011
Himpunan Jawapan Kemana Duit Rakyat Malaysia Dihabiskan!!
1. Kos sidang wanita pertama RM4.5 juta. sumber
2. Laman Web dan Facebook
· Satu laman rangkaian sosial Facebook untuk Kementerian Pelancongan dibina dan diselenggara dengan belanja RM1.8 juta;
· Satu laman web 1pengguna bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dibina dan diselenggarakan dengan belanja RM1.4 juta; dan
· Projek e-mel 1Malaysia yang menelan belanja RM50 juta.
3. Pelaburan dan Syarikat-syarikat
· Bailout Bank Bumiputera sebanyak 4 kali – rugi RM10.4 billion.
· Kerugian Perwaja Steel – rugi RM10 billion.
· Bailout Indah Water Konsortium (IWK) – rugi RM200 juta.
· Bailout Konsortium Perkapalan Berhad – rugi RM1.7 billion.
· Hicom (Proton) kerugian sehingga Kerajaan terpaksa menggunakan duit Petronas untuk membeli saham Proton -rugi RM1 billion.
· Membeli semula saham MAS daripada Tajuddin Ramli dengan harga RM1 billion lebih dari harga pasaran.
· Menggunakan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Danaharta dan Khazanah untuk membeli saham-saham Timedotcom yang tidak laku – rugi RM3.3 billion.
· Bailout LRT PUTRA dan STAR – rugi RM6 billion.
· Bailout Renong/UEM – rugi RM12 billion.
· Pampasan pembatalan Projek Empangan Bakun – rugi RM950 juta.
· Hutang tertunggak InventQjaya – rugi RM228 juta
· Pampasan Jambatan Bengkok – rugi RM257 juta
· Pampasan pembatalan Broga Incinerator – rugi RM500 juta
· Kerugian membeli saham Agusta – rugi RM510 juta
· Skandal Port Klang Free Zone – rugi RM4.6 bilion
· Skandal Offshore Petrol Vehicle (PSC-NDSB) – rugi RM6.75 bilion
· Blok L dan M - RM 380 billion
· Sime Darby - RM 1.6 billion
· Pos Malaysia – RM 546 juta
· Felda – RM 8 Billion sumber
4. Rosmah sewa hotel RM100, 000 satu malam di Dubai!! sumber
5. “Lawatan Sambil Belajar” Rosmah and the Gang (FLOM @ First Lady of Malaysia) RM134,317.76.
· Lawatan ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76. sumber
6. Bil elektrik Kediaman rasmi PM dan TPM sebanyak RM160,000 sebulan!! sumber
7. .Isu insinerator di Broga, Semenyih.
· Isu insinerator di Broga, Semenyih, Kerajaan BN yang di atas kebodohan mereka tidak mendengar keluhan rakyat, terpaksa membazirkan berbilion ringgit membatalkan projek tersebut.Insinerator yang seberat 1,500 tan dan menggunakan teknologi ‘fluidized bed gasification’ yang dikatakan terbesar di Asia ditaksirkan menelan belanjaRM1.5 bilion (lebih kurang USD395 juta) untuk dibina dan RM200 juta (USD53 juta)bagi kos operasinya setiap tahun. Sumber
8. Kos Ubah Suai Sri Perdana
Habiskan duit rakyat sebanyak RM12.5 juta untuk kos ubah suai Sri Perdana. Sumber
Wednesday, July 13, 2011
Doa Orang Yang Teraniaya
Tip-tip untuk semua
Dalam kehidupan manusia di dunia ini tidak sunyi dari berbagai ragam dan perangai manusia.Ada yang baik dan tak kurang juga yang berperangai jahat serta zalim, hatta dari kalangan saudara mara, adik beradik sendiri pun sanggup berbuat zalim.Lebih menyayat hati apabila ada anak sendiri yang sanggup melakukan kezaliman terhadap kedua orang tuanya. manusia jenis apakah ini??
Di waktu ini kezaliman sudah bermaharajalela. Nyawa manusia sudah tidak berharga. Baca dan tengok lah berita di tv, internet dan dimana saja kezaliman berlaku di merata-rata tak kira agama ataupun bangsa.Yang kecik, kerdil,rakyat jelata selalu menjadi mangsa.
Kezaliman dan kejahatan dilakukan dalam berbagai cara, ada yang tersembunyi@cara halus seperti guna santau dan bomoh. Ada juga secara terang nyata saperti bunuh, seksa, dera dan lain lain lagi.
Bagi orang islam DOA adalah senjata yang paling ampuh bagi orang yang tidak berdaya untuk melawan kejahatan tersebut.Lagipun, Allah berjanji kepada orang-orang yang soleh yang teraniaya dalam surah Alam Nasyrah." Selepas kepayahan, pasti datang kemudahan. ".
Doa orang yang teraniaya
1. Mohon pada Allah, untuk menggantikan penipuan dan sebagainya dengan rezeki yang lebih baik dan bertambah-tambah. Baca " Allahuma ajurni fi musibati, wakh lufli khairan minha ". Sangat mujarab bagi orang-orang yang dizalimi dan cepat pula dapat jawapan dari Allah.
ATAU .......
2. Sebutkan doa di dalam bahasa kita " Ya Allah. Mereka ini ( sebut nama mereka ) zalim pada aku. Aku mohon balasan yang setimpal ke atas mereka. Serta bantulah aku keluar dari kesusahan ini. " Juga mujarab.
ATAU .....
3. Biarkan Allah balas mereka di Padang Mahsyar. Tuntut dari Allah segala pahala mereka dan minta Allah campakkan dosa-dosa kita pada mereka. Mereka akan kekal memikul dosa kita dan menerima balasan buat selama-lamanya.
Cerita 19 hari sebelum puasa 2011...
Tak ada yang menarik pagi nih. Lepas hantar anak bini ke sekolah, aku pergi sarapan dengan anak saudara dan anak aku yang bongsu serta anak sulung kau yang sekolah petang. Boringnya.... Nanti sambung....
..... sambung lagi. Tadi pagi aku kelu dan beku kepala hotak. Kejap ada idea nak menulis, kejap blur. Ni mai idea tapi ilang plak.... Macam-macam yan gbermain di fikiran. Hal dunia dan hal akhirat yang dok bermain di fikiran. Antara rialiti dan fantasi....
Ni duit puny pasal la... Mau cari duit banyak-banyak.... Hutang keliling pinggang.. banyak yang nak bayar.... Income ciput.... semput.... nak buat projek, banyak halangan plak rasanya... rasanya? huhuhu...
Rasulullah SAW larang kutuk mengutuk sesama Muslim
Yang dimaksudkan dengan mengutuk ialah mendoakan orang lain agar mendapat kecelakaan. Mengutuk ini adalah satu perbuatan yang terlarang kita lakukan sesama muslim. Sebagaimana yang ditegaskan oleh Rasulullah SAW. di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim dari Ibnu Mas’ud maksudnya: “ Mencaci orang Islam itu termasuk fasik dan membunuhnya termasuk kafir.”
Rasulullah SAW bersabda maksudnya, “Mengutuk seorang mukmin itu seperti membunuhnya.” (Hadis Riwayat Jamaah selain Ibnu Majah, hadis riwayat Tsabit bin Adl-Dlahak)
Nabi SAW bersabda maksudnya : ” Sesungguhnya seorang hamba bila melaknat seseorang nescaya laknat itu akan naik ke langit kemudian menutup pintu pintu langit di bawahnya, lalu turun ke bumi menutup pintu pintu yang lain, kemudian mengambil tangan kanan di tangan kirinya, apabila tidak memenuhi sasarannya, ia kembali kepada orang yang dilaknat dan jika tidak boleh ia akan kembali kepada orang yang melaknatnya.”
(Hadis Riwayat Abu Daud)
Rasulullah SAW bersabda maksudnya ” Tidaklah para pelaknat itu dapat jadi penolong dan saksi di hari kiamat.” (Hadis Riwayat Muslim dan Abu Daud)
Rasulullah SAW bersabda maksudnya: ” Tidak patut seorang teman baik, mengutuk (temannya)”
(Hadis Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)
Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, Rasulullah SAW bersabda maksudnya: ” Seorang mukmin bukanlah orang yang suka mencerca, bukan yang suka menjolok jolok, bukan yang suka berbuat keji, dan bukan juga orang yang suka bercakap keji.”
Dari hadis hadis tersebut di atas telah diterangkan bahawa mengutuk sesama muslim itu termasuk perbuatan yang berdosa, kerana kutukan dan laknat itu menjadi hak ALLAH SWT sahaja, dalam menghukum setiap hambanya. Sehingga kita dilarang mengutuk kerana kegunaan kutukan itu mengharapkan supaya ALLAH SWT mencabut semua nikmat yang telah diberikan kepada hamba tersebut baik nikmat zahir maupun nikmat batin, supaya dia (orang yang dilaknat) tidak memperoleh nikmat dan anugerahNya. Oleh kerana itu Rasulullah SAW melarang perbuatan itu, bahkan menganjurkan sebaliknya iaitu supaya saling mendoakan sesama muslim agar mendapat nikmat dan kurnia dari ALLAH SWT.
(Sumber: Al-Kabair karya Syamsuddin Adz-Dzahabi, terjemahan M. Ladzi Safrony, BA ke dalam buku 75 Dosa Besar terbitan Media Idaman, Surabaya)
Tuesday, July 12, 2011
Baca post lama kat blog aku nih....
Ia menyimpan sejuta cerita sejak 5 tahun dahulu. Nak tergelak gak bila baca entry dulu-dulu.... Kekadang aku tak percaya macam mana aku boleh menulis sebegitu. Mmmmm.... Kira aku ni boleh jadi penulis gak la walaupun tah apa2 ayatnya....
Kesibukan aku sekarang membuat aku tak sempat nak menulis blog. Kalau aku post entry terbaru pun aku copy paste citer drp kawan2 atau dari blog orang lain. Just nak bagi kredit untuk mereka jer...
So, lepas nih, aku nak tulis sendiri la ceritanya. Bukan apa, kekadang kalau asyik dok copy paste orang punya, otak kita jadi beku. Idea sendiri jadi lembab dan kurang. Kita pun jadi malas untuk berfikir. Jadi, untuk melatih otak aku agas lebih banyak berfikir tentang idea baru, cerita baru, baik aku tulis sendiri cerita di blog aku ni. Tulis cerita yang aku nampak, aku dengar dan juga tulis tentang idea baru dari kepala otak aku yang kecil nih.
KENAPA KITA SOKONG "BERSIH" YG DI KETUAI OLEH SE ORANG NO-MUSLIM - AMBIGA???
1. Orang kafir yang adil lebih dihormati berbanding orang islam yang zalim. Ibnu Taimiyyah ada berkata;
الله ينصر الدولة العادلة وإن كانت كافرة ، ولا ينصر الدولة الظالمة وإن كانت مؤمنة
Maksudnya;
“Allah tolong Negara yang adil walau ia kafir sekalipun. Allah tidak akan tolong Negara yang zalim, walau ia mukmin sekalipun ”
2. Allah SWT tidak akan mendatangkan azab kebinasaan kepada Negara yang diperintah oleh orang kafir yang Negara itu mengamalkan dasar pembaik pulih, keadilan, kebajikan dan muslihin.
Firman Allah;
وَمَا كَانَ رَبُّكَ لِيُهْلِكَ الْقُرَى بِظُلْمٍ وَأَهْلُهَا مُصْلِحُونَ
Maksudnya;
“Tidaklah tuhan kamu (Allah) membinasakan negeri secara zalim dalam keadaan ahli negeri itu melakukan Muslih (pembaik pulih, keadilan dan kebajikan)”
(Hud : 117)
3. Nabi SAW sendiri mempertahankan orang kafir yang dizalimi. Malahan menolak orang mukmin yang melakukan kezaliman.
Sabda Nabi SAW;
مَنْ قَتَلَ مُعَاهَدًا لَمْ يَرِحْ رَائِحَةَ الْجَنَّةِ وَإِنَّ رِيحَهَا تُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ أَرْبَعِينَ عَامًا
Maksudnya;
“Barangsiapa yang membunuh Non Muslim, maka dia tidak akan mendapat bauan Syurga, walhal baunya boleh didapati dengan perjalanan selama 40 tahun sekalipun ”
Juga sabda Nabi SAW;
أَلَا مَنْ ظَلَمَ مُعَاهِدًا أَوْ انْتَقَصَهُ أَوْ كَلَّفَهُ فَوْقَ طَاقَتِهِ أَوْ أَخَذَ مِنْهُ شَيْئًا بِغَيْرِ طِيبِ نَفْسٍ فَأَنَا حَجِيجُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Maksudnya;
“Barangsiapa yang melakukan kezaliman terhadap orang bukan Islam, atau mengurangkan haknya, atau membebankan kepadanya luar dari kemampuannya, atau mengambil sesuatu darinya dengan cara yang tidak baik, maka aku akan menjadi penghujjah (untuk non Muslim) itu pada hari akhirat kelak ”
4. Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).
Saturday, July 09, 2011
Bersama anak-anak
Seharian bekerja, malam boleh layan astro dengan anak-anak. Nak tengok bola tapi anak nak tengok kartun. Layan sajalah.
ARMAGEDDON :Bangsa Yahudi Akan Hancur Pada Tahun 2012???
“Tidak akan terjadi kiamat hingga kaum Muslimin memerangan kaum Yahudi, lalu membunuh mereka, sehingga seorang Yahudi bersembunyi dibalik batu dan pohon, lalu batu dan pohon berkata : Hai Muslim! Hai Hamba Allah! Ini Yahudi dibelakangku, kemarilah aku, bunuhlah dia! Kecuali Pohon Ghorgoth, maka itu adalah dari pohon-pohon orang Yahudi”
(HR. Bukhori-Muslim)
Hancurnya bangsa Yahudi adalah satu dari sekian banyak rangkaian akan tanda-tanda datangnya hari kiamat. Hal ini ditandai dengan berkecamuknya perang besar yang melibatkan banyak bangsa di dunia termasuk bangsa Israil. Pertempuran dahsyat ini dikenal sebagai Armageddon, dimana lokasi utama perang ini adalah di lembah Mageddon, Palestina.
Disebutkan dalam Kitab Zakharia (89/13), bahwa sebagian besar bangsa Yahudi akan mati dalam perang Armageddon dan dua pertiga dari mereka akan musnah. Sedangkan dalam kitab Zagiyal (12/39) disebutkan :”Akan berlangsung tujuh bulan sehingga rumah Israil berhasil mengubur mereka (orang-orang mereka yang terbunuh) sebelum membersihkan bumi”.
Karena peristiwa ini akan terjadi di lembah Mageddon, Palestina, yang sekarang menjadi wilayah jajahan Israil (Yahudi) maka merekalah orang pertama yang akan merasakan panasnya nyala api peperangan.
Mengenai rangkaian peristiwa Armageddon ini, Amin Muhammad Jamaluddin mahasiswa Pasca Sarjana Fakultas Dakwah dan Tsaqofah Islamiyah dalam bukunya “Huru Hara Akhir Zaman. ( penjelasan terakhir untuk umat manusia) menjelaskan secara jelas dan aktual tentang peristiwa-peristiwa penting yang mengiringi perjalanan hari kiamat.
Yang menarik dari buku ini adalah beliau memberikan penjelasan yang terperinci dengan mencoba menghubungkan tanda-tanda hari kiamat dengan realitas kehidupan sekarang. Diantara peristiwa-peristiwa yang coba dihubungkan oleh Amin Muhammad Jamaludin dengan tanda-tanda meletusnya Armageddon (perang dunia III) sekaligus tanda-tanda datangnya hari kiamat adalah invasi Irak ke Kuwait, Perang Teluk, munculnya Ashabur-rayatir-sud-pembawa panji hitam atau lebih dikenal dengan thaliban, sampai jatuhnya Sadam Hussain yang penulis hubungkan sebagai Sufyani pertama.
Dalam teks Kitab Injil mengatakan “Arwah-arwah setan mengumpulka pasukan seluruh dunia di Armageddon”. Dalam bukunya ini Amin mempunyai perkiraan bahwa tentang adanya arwah-arwah jahat setan yang tak lain adalah arwah-arwah orang Yahudi.
“Karena itu ia mengadakan serangan dahsyat yang lebih dulu meruntuhkan kewibaan Amerika sebelum meruntuhkan bangunan-bangunan di New York dan Washington, barangkali merupakan rencana orang-orang Yahudi untuk menghimpun pasukan dari seluruh dunia dalam satu peperangan akibat serangan itu.” Jelas Amin lebih lanjut
Maka jika perang meletus, dua pertiga Yahudi akan mati. Dan Al Mahdi, setelah kemunculannya akan melakukan pembunuhan terhadap sisa-sisa mereka dan memasuki Baitul Maqdis. Kemudian, pembasmian terakhir orang Yahudi dari muka bumi terjadi setelah turunnya Isa. Isa akan membunuh dajjal sehingga pengikut-pengikutnya dari bangsa Yahudi yang berjumlah tujuh puluh ribu kocar-kacir dengan mengenakan syal (sejenis penutup kepala), lantas mereka bersembunyi di belakang bebatuan dan pepohonan tetapi bebatuan dan pepohonan itu memanggil-manggil seakan akan tidak tahan kepada baunya “Wahai Muslim, wahai hamba Allah, inilah orang Yahudi dibelakangmu, maka kemarilah dan bunuhlah ia!” (….hal. 83).
Lantas Kapan Itu Terjadi?
Syaikh Jafar Al-Hawali, dalam bukunya Yaumul Ghadhale (Hari Kemarahan) mengatakan “Tinggallah pertanyaan terakhir dan sulit, kapankah terjadinya hari kemarahan, kapankah Allah akan menghancurkan negara kotor dan perusak, serta kapankah belenggu Al-Quds akan dibuka? Barangkali, jawabannya telah dikemukakan secara implisit. Ketika Daniel, menetapkan jarak antara derita dan jalan keluar, sebagaimana telah dikemukakan adalah 45 tahun, sedangkan kita telah mengetahui bahwa waktu berdirinya negara kotor sebagaimana dipastikan oleh Daniel adalah pada tahun 1967 M dan itu telah terjadi. Maka berdasarkan hal ini, bisa jadi Rihayah (akhir) atau bidayatun-nihayah (awal dari keberakhiran) adalah tahun 1967 + 45 tahun) = 2012 M, itulah yang kita harapkan terjadi dan kita tidak bisa, memastikannya, kecuali apabila telah menjadi kenyataan….” (Hal. 122).
Untuk memperjelas hal ini, Amin Muhammad mengatakan “Sesungguhnya perbedaan waktu antara anggapan apakah tahun 2012 M merupakan nihayah ataukah bidayatun. Nihayah adalah jangka waktu kehidupan Al Mahdi yaitu : tujuh, delapan atau sepuluh tahun, sebagaimana disebutkan dalam sebuah atsar shahih.
Dari penjelasan ini bisa ditarik 2 kesimpulan bila kita mengatakan tahun 2012 adalah bidayatun nihayah (awal keberakhiran), maka ini berarti Al Mahdi baru akan menjelang tahun 2012 M. Ini berarti kemunculan Al Mahdi tinggal sekitar 4 tahun ke depan. Wallahu’alam.
Namun apabila tahun tersebut adalah nihayah (tahun keberakhiran) bagi negara Israil, maka itu artinya terjadi menjelang turunnya Isa karena keberakhiran negara tersebut melalui tangan beliau dan diketahui bahwa Al Mahdi muncul paling tidak tujuh sebelum turunnya Isa.
Ini hanyalah sebuah perkiraan analisis sedangkan iya apa tidaknya, waktulah yang akan menjawab. Sebenarnya bukanlah hal ini yang paling untuk ditekankan, tapi, dari adanya analisis ini diharapkan kita sadar kembali bahwa kiamat memang sudah dekat. Perang besar yang mencekam telah di depan mata, maka persiapan amal dan iman yang kuat adalah cara yang paling tepat dalam menyongsong kematian. Semoga Allah senantiasa meridhoi setiap langkah amal usaha kita. Amin
RANGKAIAN PERISTIWA AKHIR ZAMAN
( Huru Hara Akhir Zaman, Amin Muhammad Jamaluddin )
-
Invasi Irak ke Kuwait
-
Pengepungan Irak
-
Pengepungan Syam
-
Munculnya Ashabur-rayatis-sud Pembawa Panji Hitam (Thaliban)
-
Datangnya Bendera-Bendera Barat (rayatul ghorb) untuk menggempur Afganistan (Ashabur-rayatis-sud)
-
Perang dunia ketiga; Armageddon
-
Surutnya sungai Euphrat sehingga menyibakkan gunung emas
-
Kematian khalifah saudi
-
Tanda-tanda di bulan Ramadhan
-
Huru-hara, kekacuan, dan malapetaka di Bulan Syawal
-
Munculnya Al-Mahdi di Bulan Muharram
-
Pasukan yang ditenggelamkan ke bumi dan populernya Al-Mahdi.
-
Pertempuan Kalb
-
Al-Mahdi menaklukan Jazirah Arab
-
Penaklukan Persia (Iran)
-
Kekalahan Yahudi, penaklukan Baitul Maqdis, dan pembebasan Masjidil Aqsha.
-
Malhamah kubra
-
Serangan ke Rusia, Cina, dan India
-
Penaklukan Konstantinopel (Turki)
-
Kemuculan Al-Masih Dajjal
-
Turunnya Isa, Pembunuhan Dajjal, Munculnya Ya’juj dan Ma’juj
-
Penakulan Roma (Italia)
-
Kematian Al-Mahdi, kemudian kematian Isa
-
Kehancuran Ka’bah dan bermulanya tanda-tanda kiamat besar.